I MISS HIM SO MUCH ;(


Nikmati hidup ini dengan mencintai dan menghargai setiap perkara yang berlaku dihadapan kita. Setiap satu daripadanya pasti memberikan pelajaran, pengajaran, pengalaman dan kenangan buat kita. Kadang kala pengalaman pahit masa lampau juga adalah sesuatu yang manis untuk dikenang dihari kemudian. 

Al Fatihah,
I Miss U Cik Baba.
And I am really really sorry.
#12 tahun dalam kenangan.

PAU GEBU GEBAS

RESIPI PAU GEBU GEBAS ;P
Sudah lebih sedekad saya tak makan pau.  Sudah lebih sedekad juga, 2 kawan baik saya di sekolah menengah tak makan pau. Asalnya kami makan juga pau. Lebih - lebih lagi pau yang panas, kulit lembut, inti pulak kari daging. Memang sedap, sampaikan kalau beli pau tu, memang khas untuk diri sendirilah, tak boleh nak pelawa orang lain, risau -risau pula tak cukup kenyang nanti.

Namun kegilaan kami terhadap pau direntap dalam sekelip mata. Dalam suatu pagi yang masih dingin, tiga orang dara pingitan berjalan kaki sambil terkekeh - kekeh. Al maklumlah kelas Bahasa Arab kami start pukul 9.00am, dan sebenarnya kami pelajar sessi petang. Disebabkan kami tumpang bas kakak - kakak sessi pagi, maka kami sampai ke kawasan sekolah lebih kurang 2 jam lebih awal dan pastinya ia cukup sangat untuk kami 'beronggeng' sebelum kelas bermula.

Takkan nak masuk sekolah awal sangatkan, jadi kami decide jalan - jalan di sekitar pekan. Sekolah kami letaknya kat pekan yang hidup segan mati tak mahu. Jalan - jalan dekat deret - deret kedai tepi pagar sekolah pun dah heaven sangat waktu tu. Sedang kami jalan, control control ayu gitu, tetiba mata kami terlihat dengan jelas, telinga kami mendengar dengan cukup peka...

Shhhrpphhh...shhhrpphh

Uwek!
Kami hampir termuntah ketika itu. Kerananya tekak saya masih rasa kembang untuk menelan pau.

That old pagoda man a.k.a the tauke menghembuskan hingus resdungnya dipagi hari.

Shhhrpphhh...shhhrpphh 
(tu bunyi dia hembus hingus tu tahap gaban, segala lendir resdung dari pangkal hidung pun habis terkeluar setepek gitu)

Saya tak peduli jika dia buat kat bathroom rumah sendiri. Janganlah depan kedai makan. Pengotor yang amat amat sangat. Dan yang lebih najisnya, dia renjis hingusnya ke longkang kedai.. kecepek..hingusnya pun lekat kat longkang.

Dia salat tangan dia 2 3 kali pada tepi seluar. Tarik steamer pau, and seperti dijangka..
dia,..
pap..pap..
tepuk tepuk pada paunya yang sedang panas itu.

Ok! Habislah pau gebu gebas itu. Habis dan matilah selera saya selamanya terhadap segala bentuk dan jenis pau. Alhamdulillah, beberapa tahun kemudian kedai makan uncle itu pun tutup, hingga kini ia menjadi sebuah kedai repair moto pula. Entah uncle itu bankrupt ke apa, tak diketahui secara terperinci. Namun tolonglah tolong, kalau berniaga tu biarlah halal sikit, lebih - lebih untuk rezeki yang masuk ke perut.

Adios Pau Gebu Gebas!
Selamat Hari Wanita buat dua kawan yang tak makan pau, Fakis a.k.a Mrs Polis Trepik and Pn Baha a.k.a Cikgu Serawak yang da bertahun2 apply balik kampung, namun haram tak dapat2 jugak.