CIKGU DANISH YUL

Percaya tak masa kita kanak - kanak, kita terlalu ingin  cepat membesar. Maka kita tiru gaya dan perwatakan orang - orang disekeliling kita. Ingin jadi seperti dia, ingin jadi sedemikian rupa, ingin jadi itu, ingin jadi ini. Pokoknya kita tak ada pun ingin menjadi diri sendiri.

Samalah halnya dengan budak bertuah sorang ini. 

Korang rasa sapa lebih real??

Saya dalam bilik berdua sahaja dengan dia. Saya dah penat giler, maka mengantuk pun jadinya bukan kepalang. Lalu saya katakan pada dia;

" Danish, K. Yul mengantuklah, jom tido." 

Danish cakap dia tak mahu tidur. Dia kata dia temankan saja saya tidur. 
Saya dengar dia Hiyaa..Hiyaa..entah practice taekwando ke apa, saya tak tahulah. Kepala bagaikan terlalu berat untuk diangkat. Maka saya abaikan saja dia. 

Dalam hampir saya terlena, saya dengar dia dah bertukar watak pula. Main cikgu - cikgu sorang diri.

" Assalamualaikum murid - murid, nama cikgu, Cikgu Danish Yul. Panggil cikgu, Cikgu Danish Yul. Semua orang bukak buku matematik muka surat 9 ye. Cepat bukak, cepat! Haa yang belakang, siapa nama. Mana buku awak."

Intonasinya, dengan suara kejap tinggi kejap rendah, saya dapatkan bayangkan pasti dia sedang meniru sebiji sejibon kelakuan cikgunya. Part tu tak kelakar. Tak hairan pun, pasal saya kecil2 pun suka main cikgu - cikgu. Cuma yang saya rasa heran satu hal saja, 'Ape kehe'nya dia nak guna nama Danish Yul. Mana datangnya Yul tu daripada nama Danish ??? Wabak apalah yang telah menjangkiti Danish? Sudahlah tiru gaya cikgu dia, tiru pulak nama saya? Apa dia ingat Yul tu surname ke?

Yul sounds cool :)

SATAY STATION, STAR AVENUE

Lamanya saya tak update cerita makan - makan. Lepas terbaca artikel yang mengatakana bahawa orang yang gemar mengambil gambar makanan ini dikhuatiri menghampiri penyakit mental, maka saya cuba sedaya mengurangkan kegilaan itu. Seganlah kalau muda - muda sudah mental, kesian emak yang penat - penat besarkan saya. 

Jom layan Satay Station yang gemuk gedabak. Harga pun gemuk gedabak laa sikit dari harga satay kat pasar malam tu. Ok saya order 5 cucuk. 5 cucuk itu, ala ala sama macam kita order satay biasa 10 cucuk. Rasa satay yang sedap. Kuah satay pun sedap. 


Tapi tetap tak boleh lawan Satay Wak Jen. Tapi sayang, dengar cerita Wak Jen dah sakit, dah balik Negeri Sembilan dan tidak berniaga lagi. Wak Jen tiada kene mengena dengan Satay Station. Wak Jen adalah kisah lain seorang penjual satay tepi jalan yang hidupnya orang tak ingin tahu pun siapa dia. Wak Jen, bukak small stall tepi jalan, tumpang tanah kedai orang Thai jual Tomyam, tak perlu banner, hanya berbekal kipas buruk, satay Wak Jen tetap popular and always the best!


Tak nak makan satay, ada pilihan Mee rebus. Mee rebusnya sedap. Saya suka. Manisnya terasa. Tapi sayang portionnya sikit. Tapi OK laa, jangan tamak. Kan kene berhenti makan sebelum kenyang. Padankan dengan Kopi O dan Teh Tarik. Memang orang tua - tua sangat pilihan hati saya kan?  (^_^)

Buat penduduk sekitar Subang, Kota Damansara dan kawasan - kawasan lain yang sewaktu dengannya, jika lapar, teringin makan satay sedap, mee rebus sedap, boleh singgah Satay Station, Star Avenue. In syaa Allah kamu tidak akan menyesal. Apapun, pilihan menu yang lain -lain, sorry tak dapat nak update. Tapi seingat saya, pilihan menunya amatlah terhad.

Good Food is Good Mood

OH KELANTAN

Selama ini saya merasakan bahawa Kelantan itu jauh . Menang jauh tapi tidaklah terlalu jauh sangat. Tapi kini saya merasakan bahawa Kelantan itu memang benar - benar jauh. Apakah kerana faktor usia yang meningkat tua, maka saya tidak lagi seronok berjalan jauh? Entah tidak dapat dipastikan.


Pengalaman menempuh 16 jam perjalanan dari Kuala Selangor  ke Kota Bharu sempena Cuti Raya Cina. Serik!! Pinggang lenguh kaki menggelatar. Tukar - tukar drive 4x. Singgah -singgah kencing maulah dalam 8x, Singgah makan sekali. Tempat dituju tak sampai - sampai juga. Yang tidak memandu sedap tidur, takpe lagi. Tapi yang tak sedapnya bangun tidur nasihatkan orang biar lambat asal selamat. Panda jantan dan betina yang bergilir - gilir memandu dari tadi mood sudah swing. Nasib baik cuaca redup sejuk, hujan sepanjang perjalanan, kalau tidak mungkin temperature kereta boleh naik senaik temperature driver. 


Nampaknya memang saya benar2 letih, Hanya gambar ini menjadi kenangan bukti kehadiran saya di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Jalan - jalan makan2 shopping2 semua saya tak larat nak snap sebarang piture. Saya menginap disini RoseHomeStay. Sejujurnya RoseHomeStay first class. Jika lihat diblognya tidak berupdate sejak 2013, pasti banyak perubahan telah berlaku. Tapi jangan takut, sehingga saat 7hb Feb 2016 yang lepas, homestay ini masih kekal shining seperti dalam gambar. Alhamdulillah.

Cuma yang tak bestnya, beberapa peniaganya berniaga tak jujur. 

Situasi Pertama.

Di RnR Gua Musang yang lama. Ada seorang kanak - kanak sedang membantu ibunya berniaga buah Keranji. Adik itu teriak...5 riyar 5 riyar... Dari saya cari parking saya sudah boleh dengar suara budak sekolah rendah itu... Datang dekat, biasalah kan kita ramah mesra tanya berapa ringgit. Adik itu dengan sopan jawap 5 riyar. Tetiba emak dia yang kat belakang sedang bungkus2 buah keranji teriak.. Eh 6 Ringgit!!Pandang kami dengan bengisnya. Adik tu terpinga tengok emak dia. Emak dia tunjuk muka lebih berkuasa. Maka MIL ambil sebungkus buah keranji, terus hulur RM6. Budak itu macam serba salah pula mukanya nak ambil duit RM6. Kami beredar, buat muka "Aku mampu bayarlah"

Oh kemudian baru saya tahu, 5 Riyar tak sama nilainya dengan 5 Ringgit. 
Salah Najib jugakah sampaikan RM kita tak senilai Riyar Kelantan?

Situasi Kedua.

Di sebuah warung makan tepi jalan yang saya tidak ingin sebut nama, tapi terletak sangat dekat dengan RoseHomeStay, kami makan nasi kerabu dan teh O. Pakej Nasi Kerabu dan Teh O adalah RM2 tertera dengan jelasnya di Billboard ciptaan mereka sendiri. Kami semua 8 orang termasuk seorang kanak - kanak. Kami ambil sikit lauk daging, itu sahaja yang extra, yang lain pakej. Calculate - calculate guna kalkulator, Kakak tu cakap total RM51! Satu Ringgit pun tiada diskaun. Rasa nak suruh kira balik macam mana dia kira, tapi pengalaman pagi semalamnya memberikan kami gambaran  siapa sebenarnya mereka kepada kami orang luar. So, kita bayar jelah. 

Oh next time pergi Kelantan, kedai ini kita pangkah! 

Situasi Ketiga.

Di sebuah kedai jual T shirt I love Kelantan saja di Pasar Siti Khadijah. Seorang perempuan muda berniaga. Saya tanya harga berapa. Dia jawap harga ikut hanger. RM17. OK saya jumpa baju cun untuk Danish, cuma color hijaunya saya tak minat. Saya request baju warna hitam. Kakak dia tolong cari. Saya cakap "OK sepasang RM17, jika saya beli banyak boleh murah ke?". Kakak dia cakap Harganya RM20 sehelai. Saya katakan yang tadi Adik dia kata harga ikut hanger. Dia jawap dengan slumber dan macam muka orang tak nak berniaga.."Harga bukan ikut harga kat Hanger". Saya pandang dia atas bawah, berjubah labuh pink belacan bertudung krim bidang 60. Saya tanya "Habis apa fungsi harga pada hanger?" Dia jawap lagi.." Harga memang bukan ikut harga hanger" Saya memang pantang betul peniaga membodoh2kan saya, menipu dan tak jujur. Saya hulur balik T Shirt RM20 tu, saya tarik lengan Lia, ulang cakap pada Lia "Harga bukan ikut harga kat Hanger". Maka keluarlah saya dan kaum kerabat berbondong - bondong dari kedai Bukan Harga Hanger itu.

Oh inilah sebab kenapa kadang2 saya lebih suka beli barang dengan Cina. Cina up dari awal, bila kita minta diskaun mereka beri. Jika tidak beri pun mereka cakap baik muka senyum. Hati senang, walaupun kita sendiri sudah tahu sangat yang Cina ini sudah untung banyak dari hasil satu unit jualannya. 

Hanya 3 peniaga inilah saya pangkah. Yang lain molek - molek belako! Maafkan saya jika entry ini bisa mencipta rusuhan dikalangan ahli The Red Warriot, tapi saya di Red Giant cuma bercakap berdasar pengalaman pahit sendiri dan bukan orang lain. Apa yang baik antara kita, kita boleh teruskan, apa yang buruk itu, kita boleh ubah jadi baik.

Nak jalan2 Kelantan, harga memang murah tapi make sure korang boleh kecek Kelate!

SIAPA KITA PADA AKHIRNYA


Manusia belajar daripada kesilapan. Kesilapan itulah yang mematangkan manusia. 

Saya melihat perubahan yang saya tidak sangka. Kawan saya Fallah, dia dulu disekolah saya fikir masa depannya mungkin biasa - biasa sahaja. Belajar tidak serius, berkawan tidak serius, apatah lagi dalam membuat keputusan. Dia adalah orang paling loyar buruk yang saya pernah jumpa. Malah dialah satu - satunya manusia yang tidak tahu malu juga. Slumber biawak dia akan kentut dalam kelas, tak kiralah busuk atau tiada bau..dia kentut saja kuat - kuat depan kami dan depan cikgu. Sudahlah kaki kentut, jahat bukan calang - calang. Fallah tidak pernah bertumbuk. Tapi dia suka jadi orang paling awal turun tangga dan paling akhir naik tangga. Tahukan kenapa? Sebab Fallah seronok nak tengok spender anak Cina. Memang tak guna!

Itulah Fallah yang saya ingat dan kenal selama 3 tahun. Tingkatan 4 saya tinggalkan sekolah, saya tinggalkan Fallah dengan ingatan yang sebusuk kentutnya. Rupanya masa bertahun - tahun yang saya tidak jumpa Fallah, Fallah sudah lain. Jauh sangat perubahannya. Fallah yang saya tahu kini seorang pegawai kerajaan di Putrajaya. Cakapnya bukan macam dulu. Cakapnya pendek tapi bernas. Yang lebih mengagumkan cakapnya teratur, ringkas, tapi pengisiannya padat. Saya yang mendengar bagaikan baru sahaja khatam 4 buah khitab kehidupan. Sangat tidak sangka, Fallah dulu yang cakap serupa tin kosong, kini menjadi manusia yang sangat - sangat boleh dikagumi. 

Saya tidak segan mengatakan kepada Fallah bahawa Fallah telah banyak berubah. Bagaikan mengerti dengan fikiran saya, Fallah cakap pada saya, lupakan sahaja siapa dia dahulunya, kerana dia adalah dia yang sekarang. Barangkali Fallah sedar betapa tidak matangnya dia dimasa lalu. Agaknya jika co-worker Fallah tahu macam mana nakalnya dia dizaman remaja, mesti diorang akan bahan dia selama mana dia kekal di jabatan itu agaknyakan ..hehe.. ;)

Apapun Fallah, semoga anak kau sihat. 
Semoga Allah sembuhkan penyakit anak kau buat selama - lamanya. Amin.