MAAFKAN SAYA KAMALADEVI


Sudah dua minggu,tapi saya masih dihantui rasa bersalah terhadap Kamala. Kamala buat party makan - makan dengan duit gajinya sebagai cleaner. Kamala masak macam - macam. Ada nasi, ada kari ikan, ada telur hancur, ada bendi, ada terung dan rasam. Banyak Kamala masak. Big boss pun Kamala ajak.  Saya nak makan. Tapi saya rasa was - was. Ye ke idok Kamala ni masak.(Kamala kata dia vegeterian). Dengan hati yang was - was saya berserta sebahagian kakak2 yang lain, tinggalkan party Kamala. Kami rela makan bayar sendiri di kedai Tahu Bakar.

Balik dari lunch, saya terserempak dengan Kamala di pantry. Kamala tegur saya. Saya sudah rasa bersalah. Mesti Kamala perasan saya tiada tadi. Sebelumnya sudah lebih seribu kali Kamala pesan kepada saya, bahawa 14hb jangan bawa bekal. dia masak special punya, everyone can eat. Kamala tunjuk kepada saya, ada banyak lagi nasi dan lauk untuk dimakan. Saya sedih tengok makanan tidak habis.Dengan gajinya sebagai cleaner dan memasak makanan untuk kami yang hampir 70 orang kesemuanya, saya rasa ia satu kos yang besar. Mungkin Kamala save berbulan2 untuk party ini, atau mungkin juga Kamala perlu ikat perut bulan ini. Saya rasa bersalah yang teramat sangat. Namun saya sudah terlajak laku.

Saya teruskan kerja dengan kepala saya nampak wajah Kamala yang menyedihkan. Saya rasa bagaikan ini mohon maaf esoknya, ingin belikan Kamala nasi lemak, tapi saya bimbang Kamala pula tak endah pemberian saya. Mesti saya pulak akan nangis panjang nantinya. Saya cerita kepada suami, sekali lagi saya dihantui rasa yang lebih bersalah. Rupanya dalam saya menjaga haramnya makan dan minum arak, najis, bangkai, anjing atau babi, saya khilaf dalam menjaga hati orang bukan Muslim. Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W pun pernah menerima undangan makan orang Kafir dan Yahudi dan baginda pun memakan masakan mereka dengan hormatnya selagi makanan tersebut diyakini tidak dari unsur - unsur haram seperti disebutkan diatas. Sungguh saya menyesal dan berdosa. Maafkan saya.

BABY G

 Siapa Baby G? Kalau cakap dengan emak pasal Baby G mesti emak seriau.  Mesti emak tanya siapa Gee? Tapi kalau saya explain, Baby G adalah anak kepada Casio mesti emak paham. Casio sangat popular sejak saya kecil lagi, malah sebenarnya ia sudah lama wujud dengan megah sejak sebelum saya ada lagi. Seperti bapanya Casio yang terkenal dengan ketahanan fizikalnya yang super kuat dan kelangsungan hayatnya yang panjang betul umurnya (as long ganti bateri baru), Baby G ini juga sangat tahan lasak dan berbaloi untuk dibeli.


Sebenarnya sepupu saya baru sahaja menerima sebuah jam tangan Baby G putih dari tunangnya sempena hari lahirnya yang ke “jeng jeng jeng”. Memang cantik.  Walaupun sebelum ini saya lebih sukakan jam tangan yang stainless steel band, tapi bila dah tengok Baby G putih Linda itu, serta merta persepsi mata dan hati saya berubah. Baby G memangnya sesuatu yang baru buat saya, tapi  ia amat selesa (itu yang paling penting – apa2 pakai pun keselesaan harus diutamakan).

Baby G ini didatangkan dengan pelbagai warna yang sweet untuk perempuan. Namun warna asas seperti hitam dan putih tetap juga paling menyerlah dihati saya.  Baby G ini pada saya amat sesuai digayakan pada mereka yang ingin tampil ringkas dan bergaya.  Dengan paparan nombor digital siap ada tarikh dan hari sekali memanglah mudah banget hidup ini.  Dan yang lebih penting, Baby G ini tahan lasak. Masuk air pun ia OK saje. Sebab itulah Bino hadiahkan Linda, Baby G, kerana mereka berdua gemar menyelam ke dasar laut bergambar bersama ikan dan terumbu karang yang berwarna warni. 

Walaupun rupanya nampak rough sikit, tapi ia masih nampak cun apabila Baby G ini digayakan bersama baju kurung dan tudung. Maksudnya ia sesuai juga dipakai ke office atau kemana sahaja. Tidaklah time Sabtu Ahad tak kerja sahaja baru boleh tayang Baby G. Rugilah kalau macam tu. Apa pun rasanya ada banyak lagi kelebihan Baby G ini secara saintifik. Cuma yang secara tak saintifiknya itulah kelebihannya yang sudah cukup menambat hati saya.

Sebelum membeli, boleh semak dulu style dan spec yang berkenan di website Zalora. Disini ada pelbagai model dipaparkan. Bestnya saya suka beli barang kat Zalora adalah kerana kualiti barang memang memuaskan. Maksudnya kalau nampak handbang tu berkilat dalam gambar, confirm sebelum 3 hari bekerja memang beg yang seberkilat dalam gambar tu jugak yang sampai ke rumah. So far, saya tidak pernah menyesal berbelanja di Zalora.

Alah membeli menang memakai.
Buatlah pilihan yang bijak.
Kerana masamu itu amatlah berharga ;)

KAWAN YANG DAH TAK INGAT

Nanti cuti sekolah balik kampung duduk dengan K.Yul,
nanti K.Yul bawa Danish memancing udang  ;)

Minggu lepas saya makan dengan budak bertuah ini. Memang seronok layan Danish, dia pandai bercerita dan senang tangkap bahasa terbalik saya sekeluarga. Memang seronok cari pasal dengan budak baju merah ni, sudah boleh buat kawan kihkihkih (^_^) dan juga buat kawan gaduh (>_<). 

Bermula dengan cerita tentang kawan baru di sekolahnya, (budak baru masuk darjah satu) tetiba dia matikan cerita. Dia tanya saya, " K.Yul ingat tak dengan Abang Iwan". Maka K.Yul yang kepoci pun terus cakap ingat. Kot - kot lah ada hot story, tetiba Abang Iwan ada datang merayu kat rumah Mak Lang ke, nak gak saya tahu. Kemudian dia tanya pula soalan yang sama ke suami saya. Suami saya pun jawap ingat.

Saya belum sempat tanya kenapa. Sekali dia sendiri cakap 

"Danish ingat Abang Iwan, tapi K. Yeen cakap dia dah lupa dia ada kawan namanya Abang Iwan. K.Yul dan Abudin (dia panggil suami saya sebegitu rupa) pun ingat Abang Iwan. Danish tanya K.Yeen mana Abang Iwan. Danish lama tak nampak Abang Iwan. Tapi K.Yeen cakap dia tak ingat dia ada kawan nama Abang Iwan. Tapi Danish boleh ingat kawan K.Yeen, Kak Yeen boleh lupa pulak" 

Danish cakap bersahaja saja, tapi saya rasa dia sedih. Sebab suaranya mendatar dari sebelumnya. 

Tiba - tiba saya rasa macam terpempan seketika. Apakah yang budak ini faham tentang Abang Iwan? Saya dan suami berpandangan. Kami rasa speechless seketika. Cuma yang saya ingat ketika itu saya bagitahu Danish, jangan sebut lagi nama Abang Iwan. K. Yeen ada banyak kawan baru jadi logik saja kalau K. Yeen sudah lupa kawan lama dia. Sama sahaja macam situasi semalamnya, ketika Danish tuisyen di Smart Reader, ada satu budak lelaki terjerit - jerit panggil Danish. Budak yang unknown tu punyalah confident melambai kepada Danish, Danish pula terpinga - pinga. Sampailah that unknown boy cakap, yang dulu dia sama taska dengan Danish masa umur 4 tahun sampai 5 tahun. 

**Danish masa 4 5 tahun datang sekolah sekali sekala sahaja time tu, banyak habiskan masa bermanja di rumah Mak Lang saja. Jadi logik dia tak ingat siapa kawan kelas dia. Tapi sekelas mungkin ingat Danish sebagai budak paling malas datang sekolah**

Danish senyum simpul dengan penjelasan saya. Barangkali terasa macam menepuk air didalam dulang, terpecik ke muka sendiri. 

Hakikatnya!

Semoga Iwan bahagia dengan jalannya. Pilihan telah dibuat saat kesempatan masih ada. Maka saya sekeluarga mengucapkan terima kasih dan Babai.

TIPS BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN 2016 - BAHAGIAN 2



Buatlah pilihan yang bijak. Sepertinya bunyi iklan. Tapi itulah nasihat yang paling baik. Kerana apa yang kita pilih akan menentukan kemana hala tuju kita esok hari. Apapun yang kita pilih, samada payah atau mudah buat kita, jangan jadikan ia sebagai satu halangan untuk kita berputus asa tanpa berusaha.

Pandanglah kehadapan. Semalam adalah semalam yang tidak akan datang balik esok hari. Jadikan pengalaman semalam sebagai satu sejarah penting dalam hidup. Gembira atau duka jadikan ia sebagai satu pelajaran. Apa yang baik diteruskan. Gagal dan kecewa semalamnya usahlah dikenang2 lagi. Adalah lebih penting untuk kita merencana masa hadapan berbanding masa silam, kerana itulah mata letaknya didepan, bukan dibelakang.

Kejujuran itu sangat mahal harganya. Saat kita berkata benar, bukan semua orang menyukainya. Pasti akan ada cerca dan nista. Maka akhirnya kejujuran menjadi semakin berat untuk diucap. Keterbukaan akan selalu membawa padah. Namun berkata benarlah walaupun pahit bukan untuk sesiapa tapi demi Allah yang Maha Berkuasa.

**sudah berbulan saya tunggu penjelasan dari seseorang, tapi dia tidak dapat menjelaskannya kepada saya, maka saya simpulkan bahawa dia tidak jujur walaupun rupanya seperti nak tepuk nyamuk pun tak sampai hati**

Ironinya hidup kita ini bagaikan sebatang pen dan pencil. Ketika kecil kita menggunakan pencil. Apabila dewasa kita menggunakan pen. Sama seperti kesalahan menggunakan pencil adalah mudah untuk dipadamkan tanpa terkesan, tetapi tidak kesalahan seorang dewasa. Bagaimana kotoran pen di padam bersih pun, kesannya tetap ada. 

Pesanan ini adalah untuk diri sendiri.
Zaman Hati Makin Kering Sekering Poket.  

TIPS BERSEDIA MENGHADAPI CABARAN 2016 - BAHAGIAN 1

Masih lagi dalam mood tahun baru? Sejujurnya saya tidak ada feeling yang lebih pun setiap kali tahun baru. Pada saya ia cumalah hari - hari biasa yang dilalui seperti biasa yang tiada istimewanya pun. Melainkan pada hari tersebut, dapatlah saya extra cuti dan dapatlah saya merehatkan badan selepas penat bekerja semalamnya. 

Buku 2016 Budget Commentary and Tax Information, 290 muka surat yang saya terima sebulan dua lepas belum sempat saya khatamkan. Tapi saya dah tahu, malah kalau tak baca pun semua orang akan tahu, bahawa 2016 ini akan memberi cabaran dan kesengsaraan yang lebih teruk (patutkah dikatakan begini) kepada kita rakyat Malaysia dalam menguruskan perbelanjaan dan kewangan!

Maka dengan sedihnya, saya berpesan kepada diri saya sendiri, bahawa 2016 ini, saya perlu berhati - hati menguruskan perbelanjaan saya jika saya masih ingin memastikan bahawa diri saya sihat tanpa sebarang tekanan perasaan. Duit itu penting buat saya.


Carilah pekerjaan kedua (2). Kita harus mencari jalan melakukan dua kerja dalam satu hari. Maka pendapatan kita akan berganda dua juga. Tapi pastikan bahawa kita mendapat rehat yang secukupnya. Jika tidak, kita akan terlepas pendapatan pertama dan kedua. Malah dapat penyakit lain pula jadinya. Jangan sampai yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran.

Elakkan membeli barang yang tidak perlu. Belilah barang yang sekadar cukup untuk keperluan hidup. Tiada lagi istilah untuk hidup lebih mewah sikit. Sebab dikhuatiri berbelanja untuk hidup mewah sikit, kelak kita terpaksa menjual keperluan asas diri pula nanti. Faham tak? Kais pagi makanlah pagi, kais petang makanlah petang. Jangan simpan - simpan esok, pasal makanan itu akan basi sebelum sempat dipanaskan.

Simpan duit dulu sebelum bayar hutang. Lebih kurang macam itulah, pasal saya dapat gaji terus bayar loan kereta loan ASB, bayar api bagai. Kemudian baru saya budget, duit lunch bulan ini berapa ringgit, duit nak beli kasut dan sebagainya. Lebih baru simpan. Tolonglah Namy Yul, chebal chebal, pasni gaji terus simpan dalam Tabung Haji (pasal Tabung Haji susah nak keluar duit, tiada ATM cardkan), pastu pandailah macam mana nak bayar hutang dan perbelanjaan lain. Tak cukup duit?? Haa.. maka follow saranan no 1. Malam buat kerja lain ye!

Elakkan ambil risiko didalam hidup dan juga pelaburan masa depan. Nak jual tudung, laburkan segala RM500 yang ada dalam simpanan? Tak usah ambil risiko. Tinggalkan sebahagian untuk tujuan kecemasan. Sebab sekarang sukar untuk dipercayai marketnya bagaimana. Yang penting tak payah join MLM, dengan harapan 2016 ini kita bakal jadi jutawan muda. Jangan jadi bodoh!

(2015 - saya kenal seseorang yang baik, tapi degil. Join MLM, berhenti kerja dengan Pos Malaysia, konon akan kaya lagi dua bulan selepas pelaburan, akhirnya pekerjaan tetap hilang, perempuan kesayangan juga hilang, dan kini dia terpaksa menghilangkan diri ke Pantai Timur untuk mengelak daripada siapa entahlah...Sekarang dia cuma mampu makan roti cicah kaya. Semoga kau sedar kawan.)

Untuk hari ini, saya sudah penat menaip. Nak simpan sikit tenaga jemari - jemari untuk kegunaan esok hari. Kita sambung Tips bersedia menghadapi cabaran 2016 - Bahagian 2 esok esok hari. 

Babai.
Sila jangan kecam saya jika tips ini menyakitkan hati awak yang sensitif.

HAPPY NEW YEAR 2016


Diucapkan selamat datang Dua Ribu Enam Belas. Seperti tahun - tahun sebelumnya, sejak saya kecil, saya tidak punya azam. Yang ada cuma doa dan harapan. Dan harapan saya semoga tahun 2016 ini bakal memberikan lebih banyak kenangan manis, tuah dan rezeki yang baik. Semoga di panjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik buat saya sendiri, suami, emak, seluruh ahli keluarga, kawan - kawan dekat dan jauh dan diberikan kekuatan berganda buat seluruh muslim di dunia.

Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair