A NEW HELLO?


If you're brave enough to say goodbye,
life will reward you with new Hello
~Paulo Coelho~

Bersediakah saya?
Macam - macam perasaan ada.
Suami.
Emak.
Kerjaya.
Duit.
Disetiap pilihan adanya pengorbanan. 

#antaramalaysiadanitaly
#apahargayangperludibayar

MILAH YANG SAYA KENAL

Hari ini Milah kahwin. Alhamdulillah. Legalah perasaan Emak Milah, akhirnya ada juga lelaki yang sudi menerima anak daranya sebagai isteri.

Coppp, coppp! Saya bukan mengarang cerpen pendek atau berusaha menulis sebuah novel yang pada akhirnya akan disunting menjadi sebuah drama. Tidak! Ini kisah benar.

Berbalik kepada Milah yang saya kenal. Barangkali tidak. Saya juga hampir lupa secara terperinci tentang paras rupa Milah. Saya kenal Milah, lama dulu. Masa saya kecil lagi, waktu itu mengaji muqaddam lagi. Milah ketika itu sudah anak dara jelita. Jadi bayangkan perbezaan umur saya dan Milah.

Betul, Milah sesebaya Makcik saya. Seingat saya Milah ini cantik dan peramah. Dulu saya selalu nampak dia datang bertandang ke rumah jiran saya. Borak - borak 'kih kih kih' dengan Acik Eni, Pakcu Har & Maksu saya. Milah dan jiran saya Acik Eni & Pakcu Har adalah sepupu. Lama saya tidak nampak Milah. Kerana saya kecil, saya tidak ambil peduli.

Sehinggalah bila Acik Eni nak kawin, Emak Milah menangis. Kata emak Milah, kalau tidak tentu Milah sudah kahwin dahulu, sudah beranak pinak. Ramai tenangkan Emak Milah (nenek). Nenek cakap Milah tak nak datang. Takkan datang! Diharap Acik Eni tidak akan kecil hati. Maksu saya kahwin pun Milah tak datang.

Ok kemudian baru saya tahu cerita. Milah hampir sahaja mendirikan rumah tangga. Menjelang 2 3 bulan sebelum berlangsung majlis pernikahan, Milah accident jalan raya. Accident teruk itu, masih menyelamatkan nyawa Milah. Milah tidak cacat anggota. Cuma berparut di muka. Tidaklah menghodohkan rupa Milah. Tapi parut tetap ada. 

Saya ada jumpa Milah beberapa tahun lepas, kenduri Arwah di rumah jiran saya Pakcu Har. Kami bersalaman, senyumannya manis seperti yang saya ingat dulu. Parutnya sedikit lebam, tapi normal! Serious! Tak wajar bekas tunangnya meninggalkannya hanya kerana pipi kanannya tidak semulus dulu. Sungguh tidak wajar.

Jika ketika itu Bio Oil sudah dicipta dan Dermatix mudah didapati, mungkin Milah kembali cantik seperti sediakala. Tapi sudah begitu cerita hidup Milah, sejurus accident, tunangnya memutuskan tali pertunangan. Milah bagaikan hilang pedoman. Tidak keluar rumah selama lebih 10 tahun. Tidak berjumpa jiran tetangga, saudara mara apatah lagi sahabat handai. Milah bagaikan fobia dengan parut dimukanya. Nenek setiap kali bercerita tentang Milah, dia menangis. Menangis mengenangkan Milah yang tidak dapat bangkit berdiri menerima kenyataan. 

Mungkin doa ibu, atau atas usaha Milah sendiri, dengan izin Allah, Milah kembali semula bekerja di KL. Nenek cakap, Milah gila cari duit. Balik pun cuma Raya, kadang kenduri kendara sanak saudara berkahwin pun Milah tak datang. Tapi titipan hadiah buat pengantin atau duit kepada Emak pengantin, Milah tidak lupa. Sekitar raya 2 tahun lepas, Nenek kata ada orang sukakan Milah. Tapi Milah takut pisang berbuah dua kali. Nenek berdoa agar ada orang akan jaga Milah. Nenek sudah tua.

2 minggu lepas, Emak saya terima jemputan. Jemputan itu berbunyi bahawa Jamilah akan berkahwin! 
Alhamdulillah. (Panjang giler Alhamdulillahnya, sambil mata bergenang - genang)
Terbuka pintu hati Milah untuk lelaki. Pastinya bakal suami Milah seorang yang baik budi. Menerimanya, apa adanya. Semoga Makcik Milah & Pakcik entah ke apa namanya, semoga bahagia hingga ke Syurga.

Ikhlas, dari budak comel berseluar katok waktu kecik- rumah tepi jalan ;)

DEFINISI CINTA MONYET

Apabila seekor monyet jantan terbekenan dengan seekor monyet betina or vice versa. Lalu masing - masing menjadi "merenyam"

  • Crush masa zaman sekolah.
  • Cinta yang sekejap, kengkonon serious tapi hakikatnya tak pun.
  • Tak boleh hidup tanpa dia! (Piiiraahhh)
  • Dialah segala - galanya, tanpa dia hilanglah nyawa. (Puiii)
  • Mesti nak kena tengok muka dia juga dalam sehari tu. Kalau tak dapat tengok muka, wasaplah call lah. Tak pun lalu depan rumah, nampak gate berkunci pun dah senyum simpul.
  • Cinta yang banyak halangan. Halangan daripada parents, cikgu disiplin atau musuh2 lain yang perasan lebih "hot"
  • Cinta yang tak berbalas, tapi malu nak mengaku kene reject. So cakaplah ' dia tu ex- aku'
  • Jatuh hati sampai terlupakan niat utama ke Sekolah adalah untuk menuntut ilmu. 
  • Cinta yang tidak membina. Maksudnya cinta yang tidak mendorang pasangan menjadi lebih baik dan lebih baik.
  • Mudah clash untuk reason yang entah apa - apa. 
  • Kesimpulannya, cinta yang tidak menuju ke jinjang pelamin adalah cinta monyet.


Apabila monyet pun naik segan dengan cara uda & dara bercinta.

Saya declare couple dengan husband masa form2. On and Off relationship. Saling bersaing untuk menjadi pelajar yang terbaik. Sebab ianya berakhir ke jinjang pelamin, jadi saya nak kata ianya cinta sejati boleh tak?

PEMENANG REVIEW BLOG : SCHA SYAHIERA


Jom berkenalan dengan seorang lagi blogger cantik Scha Syahiera

Diantara 3 orang yang berjaya menjadi pemenang review blog, pada pandangan saya Scha ini istimewa. Barangkali jika dibandingkan dengan sekalian banyaknya manusia biasa diluar sana, tetap Scha ini istimewa. Kerana pada saya, Scha adalah contoh terbaik untuk sekalian anak muda. Wanita muda ini amat kental, berwajah jelly berhati besi!

Scha dikahwinkan pada usia muda, dengan jodoh dipilih oleh keluarga. Bahagia tetap bahagia. Sekarang Scha sudah punya 2 cahaya mata kembar. Seronoknya bukan kepalang. Tapi, demi cita - cita, demi masa depan yang lebih cerah, bukan untuk dirinya semata, tapi demi masa depan anak - anaknya, wanita muda ini tekad, meneruskan pengajiannya nun jauh di Sabah sana. 

Allahu Akbar. Saya tidak dapat membayangkan gelora dihatinya. Terbang berbatu - batu jauhnya, tinggalkan suami, tinggalkan anak demi segulung ijazah. Entah berapa kalilah agaknya wanita muda ini menahan rawan, sendu rindu pada puteranya. Saya tak tahu. Saya tak dapat membayangkannya. Semoga kamu tabah, pastikan kamu berjaya dalam pelajaran, moga dengan itu barulah berbaloi benar usahamu selama ini.

Kesimpulannya, saya suka baca blog Scha. Penulisan yang datang dari hati dan jiwa, maka mudah untuk difahami dan menyebabkan saya jadi tertarik & tertarik untuk menekan older postnya. Blognya tersangatlah comel, tersusun kemas dan mempunyai lagu. Nasib baik pilihan lagunya, adalah lagu2 yang mendamaikan jiwa, ditambah pula boleh turn off volume, jadi secara keseluruhannya saya amat suka blog Scha.

Akhir kata, semoga kamu berjaya dik! Tabahlah demi masa depanmu & masa depan anak - anakmu. Doa selalu semoga Allah berikan kamu suami- isteri kekuatan dalam menempuh kehidupan berumahtangga yang luar biasa perjalanannya daripada kebanyakkan manusia. All the best & Good Luck. 

Jadi kawan2 sekalian, jom terjah blog Scha yang kental ini ;)

PEMENANG REVIEW BLOG: AIN ZUHAIRI



Ain Zuhairi, gadis sweet 21 ini memang tidak asing dalam dunia blogspot di Malaysia.  Merupakan seorang pelajar full time di Uitm Puncak Alam dalam course yang bukanlah mudah iaitu Finance.


Ada pelbagai benda menarik dalam blog Ain, maka tak hairanlah Ain memiliki jumlah follower yang banyak. Pada pandangan saya, Ain merupakan seorang blogger yang baik. Ain gemar menyertai pelbagai segment yang dianjurkan oleh blogger2 lain sebagai tanda supportnya terhadap mereka. Selain itu di blog Ain juga ada pelbagai tutorial berkenaan mencantikkan blog. Semuanya disusun atur dengan baik yang memudahkan pencarian. Perkongsian ini adalah amat bermakna buat blogger2 baru seperti saya. Cerita - cerita Ain pun menarik untuk dibaca. Apa pun, didoakan semoga Ain berjaya menamatkan pengajiannya dengan keputusan yang cemerlang. Chaiyok2 dik!

Jadi luangkanlah sedikit masa untuk terjah blog Ain pula Ok ;)

PEMENANG REVIEW BLOG : PIPIEMIERUL


Jom berkenalan dengan blog seorang blogger cantik Norhafifi Azati Binti Aziz a.k.a Pipie


Blog yang Simple, Sweet, Kemas , Tiada Lagu yang Membingitkan Telinga.

Pipie merupakan seorang pekerja di Hotel Puteri Pacific Johor Bahru, seorang isteri dan seorang ibu kepada seorang bayi lelaki. Basically blog Pipie adalah sebuah blog peribadi. Syok untuk di usha setiap hari. Entri - entri Pipie banyak berkisar tentang kehidupan hariannya bersama Family. Pipie sering berkongsi pengalaman suka duka, manis dan pahit didalam blognya. Sebagai pembaca, saya simpulkan bahwa Pipie adalah seorang penulis (blogger) yang riang. Blog Pipie ada sekian banyak perkongsian pengalamannya sendiri menguruskan buah hati en Mirul & anaknya Firhad.  Turut terdapat pelbagai tips berguna yang boleh digunapakai dan dijadikan panduan oleh semua perempuan samada yang belum , bakal atau sudah menjadi seorang isteri dan ibu. 

So jom terjah PipieMierul's Blog yang sedang happy menantikan kelahiran cahaya mata ke2.

INDAHNYA HIDUP SEBAGAI STUDENT

Namy bawa kawan baik dia Faz & Zakiah..Aida pun join tapi sebagai photographer sahaja.
1st Day Puasa kami berendam di Teluk Batik.
Yeah naik kereta sewa, bawa laju, langgar traffic light, Abang polis baju putih pun tercenggang
Akhirnya, bila reverse ternaik pula atas divider.
Ok. Cuma itu, tiada kemalangan jiwa & harta benda.
Just a reckless driver & all craziest passengers who always support me no matter what I do.
Sebab itulah dalam banyak - banyak kawan, saya paling sayang  Faz & Zakiah!

Semalam, Faz share memory lama kami di FB. Maka secara tiba - tiba maka terimbaulah kenangan manis masa lalu. Masa itu masih muda. Tidaklah jahiliyyah tapi zaman masih seronok hendak buat benda - benda di luar kebiasaan. Hashtag budak baru nak up lah katakan.

Rutinnya, jika hujung minggu tak balik kampung, kami akan merayap. Pilihlah satu hari antara Sabtu & Ahad untuk merayap. Satu hari lagi, adalah hari khas untuk tidur sepuas - puasnya. Sebagai ganti stay up  masa weekdays. Padahal weekdays bukan stay up kerana study ke, tapi stay up layan movie korea, jepun dan kadang - kadang tengok cerita seram ramai - ramai.

Punyalah 'heaven' gaya hidup masa lalu, itu pun saya mengeluh, letihnya hidup sebagai student. Entah berapa kalilah otak ini nak pecah pasal takutkan exam. Mengeluh assignment banyak, maka tak 'dan' nak buat. Tapi itu semua cerita - cerita up. Cerita budak hingusan yang belum bertemu dengan cabaran dunia luar yang lebih menggerun dan mengerikan.

Compare dengan life sebagai seorang pekerja tetap di syarikat tidak terkemuka pun lagi penat sebenarnya. Masuk kerja pukul 8 balik pukul 5. Bukan macam di universiti kelas pukul lapan, pukul lapan baru gerak dari bilik, setengah jam sebelum itu complete mandi gosok baju pakai tudung mekap. Sudah bekerja, untung - untung sejam perlu bersiap, sejam lagi tempoh trafik jam yang tak berkesudahan, sampai office kerja berlambak... 'in' tu macam tak pernah 'out'. 

Kemudian balik kerja tempuh lagi sejam di traffic. Akhirnya hidup saya dan kebanyakkan mereka yang makan gaji ini, cuma tua atas jalan raya sahaja. Berbeza dengan rasa letih jadi student yang boleh bangun pagi suka hati, tak ada kelas petang, maka tidurlah petang berjam - jam. Pun masih mengeluh tentang hidup. Rupanya hidup lalu saya ini lebih banyak mengeluh daripada bersyukur. Padahal terlalu banyak benda boleh disyukuri.

PEMENANG : SEGMEN THENAMYBLOG 1st ANNIVERSARY


Yeayy..berakhir sudah Segmen TheNamyBlog Anniversary
Pemenang pun sudah jumpa

Khas kepada 57 bloggers yang sudi join segmen anniversary saya ini,
jutaan terima kasih atas sokongan dan dorongan awak semua
yang menaikkan lagi semangat saya untuk terus berblog.
Semoga awak semua juga terus bersemangat untuk menulis, meluah idea, 
pandangan, isi hati & berkongsi informasi berguna di alam maya ini.

In syaa Allah.
jika tahun depan panjang umur, sihat walafiat 
maka kita berjumpa lagi di segmen 2nd Anniversary pula
(^_^)


Berikan saya sedikit masa untuk study blog awak, setelah selesai kajian maka saya akan update review blog pula.


Sekian, terima kasih.
You're the cream in my coffee =)