TAK TAHU MEMBEZAKAN BUDAK KECIL / BUDAK BESAR

Suatu petang yang gembira, kerana esoknya hendak hari raya, saya singgah ke Petronas. Niatnya bukan nak pump minyak. Tapi saya nak cucuk duit di ATM. Saya menuju ke dalam kiosk. Saya lihat ada 2 mesin ATM di hujung sudut. Mesin pertama seorang lelaki sedang membenamkan kadnya ke dalam mesin. Mesin kedua ada seorang lelaki juga tapi baru terkial -kial mencari kad didalam walletnya. Dibelakangnya terdapat seorang kanak - kanak lelaki obes berbaju oren, yang barangkali adalah anaknya. Maka sebagai seorang yang bijak kira - kira maka sudah tentu saya akan beratur dibelakang lelaki di mesin ATM pertama.

Lama pula dua - dua brother ini mencucuk duit. Siap tukar - tukar kad lagi. Daripada pandang belakang badan orang yang bukanlah sado mana, baik saya pandang benda yang baik sikit. Maka saya pandanglah ke arah budak baju oren yang obesiti itu. Dalam kepala otak saya waktu itu, ada mesin timbang, jarum timbang masih bergerak ke kiri dan ke kanan. Masih belum menemukan berat ideal untuk budak kecil separas dada saya yang berbadan beso berbaju oren berseluar khaki separas betis itu. 

Tiba- tiba .... 

Budak baju oren itu berpaling dan memandang saya dengan mata seolah dapat membaca akal fikiran saya. Cuak saya dibuatnya. Maka saya senyum semanis gula, dah senyuman seperti kucing miang pun ada agaknya. Dan dengan pandangan mata yang ganas, dia pun berkata kepada saya dengan garaunya;

"Tunggu sapa? Tunggu Adik?"

Saya yang terkejut tak menjawap apa. Sebaliknya muncung saya terarah kepada mesin ATM didepan. Budak itu paham. Dia yang dari tadi tangan kekal didalam kocek, mengangguk - angguk paham. Hilang sudah mesin timbang dalam kepala saya. Soalan baru muncul. Budak ke orang dewasa? Kalau orang dewasa, alahai malunya..malunya muka! Kalau budak, apa pasal mcm kurang ajor sangat soalan & nada bahasanya. Saya confius. Adik itu merujuk kepada siapa? Saya masuk ke dalam seorang diri.

Lagi - lagi laa fius otak saya tak berfungsi, bila saya lihat brother di depan saya sudah siap mencucuk duit & beredar. Tiba - tiba dengan langkah bagaikan orang dewasa, budak baju oren ini cross didepan saya. Dengan rasa terkejut yang masih belum hilang renjatannya, saya fikir mesti dia nak potong lane saya nak cucuk duit depan saya pula. Maka saya sudah mahu melangkah kaki menukar haluan dengan menunjukkan tangan mempersilakan dia dahulu. Lagi sekali dia tegak berdiri didepan saya, dan ucapan terima kasihnya adalah anggukan kepala yang ketara dan tangan masih didalam kocek seluar.

Rupa - rupanya, dia cuma mahu cepat - cepat follow brother didepan saya tadi di ATM pertama tadi. Entah bapa dia ke, Abang dia ke. Kawan dia ke. Saya pun tak pasti. Saya terus keluarkan duit. Ingat nak tengok baki, kot - kotlah BRIM dah masuk, pun saya jadi lupa. Saya blaa  cepat - cepat, masuk kereta & tanya pada suami, kot - kot dia nampak budak obes baju oren lalu. Saya cerita A-Z macam ini. Tapi kata suami dia rasa mungkin budak yang berlagak dewasa.

Apa - pun saya tak dapat terima kalau dia budak. Bahasanya tak sesuai betul. Panggillah saya Kakak ke, Makcik pun tak mengapalah. Janganlah cakap umum dengan nada yang keras. Kalau dia orang dewasa pula, malunya saya dengan senyuman sweet yang saya bagi ke dia. Mesti dia rasa saya sedang "menganjingkan" fizikal dia.

#INIBUKANABUSHKUCINGKESAYANGANNAMYYUL
#ININAMYYUL
#SAYANAKBELIBASIKALUNTUKEXCERSISEKURUSKANBADAN