HUBUNGAN ERAT MANUSIA & ALAM SEMULAJADI

Bersyukur dengan nikmat Alam semulajadi yang Allah ciptakan buat semua makhluknya. Setiap satu daripada penciptaanNya mempunyai fungsi. Tiada yang diciptakanNya adalah sia-sia semata. Namun kerana keterbatasan ilmu manusia, sesuatu unsur itu tidak dapat diterjemah dengan lebih baik lagi.

Hidup ini pada akhirnya kita akan berbalik kepada asalnya juga. Betapa manusia semakin maju Dan maju, untuk meneruskan hidup kits masih menghirup udara yang sama Dan makan benda - benda yang sama sejak beribu tahun dahulu.


Kita masih menikmati makanan daripada alam yang kian kita abaikan. Manusia masih tidak jemu menjamah taugeh, sawi, bayam, ikan, sotong, udang Dan Ayam. Serta pelbagai lagi jenis hidupan. Dan tidak pernah pula kita berjaya menggantikan mereka dengan pelbagai jenis cip, bolt, nut atau keyboard sebagai ganti makanan kita didunia moden ini.

Kesimpulan:
Maka Dari itu, sehabis baiklah kita menjaga alam ini. Ingatlah bahawa dunia ini bukan kita warisi. Tapi kita pinjam dari cucu cicit kita.
Pelajaran Hari Ini:
Jangan jadi selfish!

KISAH DANISH & GIGI PALSU


Budak kecil ini berumur 4 tahun pada 2 tahun yang lepas. Rutin hariannya 2 tahun yang lepas adalah pagi pergi taska, tengaharinya balik dijemput oleh Pak Lang. Kemudiannya, menjadi co driver  Pak Lang ke mana sahaja sepanjang hari.

Pada suatu hari, yang sama seperti semalam - semalamnya. Balik taska, sah - sah Mak Lang dah siap masak untuk lunch. Maka budak kecik nama Danish ini akan makan tengahari bersama Mak Lang dan Pak Lang. Biasalah budak baru balik sekolah, orang tua seronok nak tahu apa yang dia belajar kat sekolahkan.

Maka cerita punya cerita sambil makan tu, tiba - tiba terkeluar pula gigi Pak Lang yang depan sebaris. Tidaklah sampai tercampak ke meja atau termasuk ke dalam pinggan. Tidak! Tapi cukuplah sekadar terperasan gigi itu terkeluar sebaris & termasuk balik.

What do u expect from a 4 years old boy?

Saya yakin 3 perkara dibawah:

1.Pasti budak itu akan ketawa berdekah- dekah & mengejek.
2. Pasti budak itu rasa ngeri & takut
3. Pasti budak itu rasa geli nak sambung balik makan.

Tapi rupa - rupanya Danish cakap..

"Wah...hebatnya"

dengan nada yang amat kagum.
Dia cuba tolak gigi dia kedepan tapi tak terkeluar.
Malam bila Mak Abahnya dah balik., maka di kaborkan lah cerita tengahari tadi
"Pak Lang buat Magic. Giginya boleh terkeluar & masuk balik"

Tapi itu dulu, sebelum dia melihat iklan Polident yang galak ditayangkan di TV saat musim Kilauan Emas. Kini dia faham, Gigi Palsu bukan Magik.

Saat entry ini ditulis Danish sedang gigih menolak gigi depannya menggunakan lidah. Sudah goyang dan menunggu hari untuk tercabut.

Kesimpulannya:

Saya faham, dalam kehidupan kita selalunya memandang ke suatu objek yang sama. Namun kita berdiri memandang objek itu dari sudut yang berbeza. Maka penilaian kita terhadap objek tersebut juga mungkin tidak akan sama dengan orang lain. Jadi sebelum mengkritik pandangan seseorang, cuba berdiri dari sudut mereka & nilaikan semula.

RESTORAN SENTOSA GARDEN SEAFOOD, PUNCAK ALAM

Minggu ini bumi Subang hujan sahaja disebelah petang. Bila balik kerja, sementara berlari - lari hendak masuk ke kereta pun sudah lencun. Maka apabila lencun automatik perut akan kembang mintak diisi time - time hujan begini. Sebenarnya, secara saintifiknya, memang ada kena mengena antara hujan & kembang perut. Cuma kisah sebenarnya, tengah hari tadi, saya tak pergi lunch. Disebabkan masa saya nak turun lunch, saya tengok langit sudah redup. Angin pula sudah menampar - nampar pipi saya yang becak - becak. Maka saya pun naik keatas kembali, lupakan lunch & saya ucap salam pada lantai surau. Bukan nak solat Zohor, tapi nak tumpang tidur. 


Asalnya suami hendak makan di kedai tomyam yang lain. Tapi borak punya borak sambil memandu, patut jalan terus, boleh pulak terbelok ke kiri. Bila sudah salah jalan, nak u-turn balik malas. Maka kami singgah saja mana - mana kedai yang ada di jalan ini. So, welcome to Restauran Sentosa Garden Seafood for the first time. Untuk pengetahuan, restaurant ini baru dibuka. Baru sangat - sangat. 


Pilihan seafood yang boleh dibakar, masak 3 rasa atau masak apa entah lagi. Tapi restauran ini pelik, pasal mereka yang decide ikan sekian untuk masak sekian sahaja, masak lain tidak boleh. Contohnya saya suruh mereka bakar ikan kembung. Mereka tolak. Mereka cuma akan masakkan kembung masak asam atau kembung 3 rasa sahaja. Kalau ambil sotong, yes diorang boleh bakar. Siakap ke boleh bakar. Harga dia memang standard, setiap seekeor ikan ke sotong ke sekali kos masak mereka charge RM35.00. Maka, lajulah sikit, tak perlu hendak timbang - timbang bagaikan.. Kita yang nak membayarnya pun senang nak budget, dah conform2 harganya RM35.00.


Boleh tahan besar restaurant ini. Rasanya boleh memuatkan 8 -10 biji rumah PPRT luasnya. Dulu masa tengah dalam pembinaan, saya ingat mereka nak buka workshop. Nampak macam style nak buat workshop pasal open sangat. Rupanya jadi restauran pula.


Servicenya laju. Tak sampai 15min pun saya order Sayur Kailan Ikan Masin ini pun tiba dengan Nasi putih. Air memang sudah sampai awal juga.


Sambal belacan & timun ni termasuk dalam set nasi putih agaknya. Pasal tak order pun dapat.


 Ini Tomyam Campur. Saya memang suka order Tomyam bila makan diluar. Sebab saya mengaku saya masak sendiri Tomyam dirumah tak sesedap yang saya boleh rasa diluar.


Ini dia Santapan utama. Siakap masak 3 rasa. Kalau lihat rupa macam Siakap Masak Cili Api sahajakan? Sebenarnya rasanya betullah!! Betullah rasa Siakap masak Cili Api. Tapi rasa cili Api tak adalah pedas sangat. Sedap serius sedap. Ikan goreng garing! Terbaik. Rasa cili pun terbaik. Cuma nak dinamakan 3 rasa itu, saya & suami sependapat , mereka terhilang lagi 2 rasa itu =)


Ok inilah rupanya meja saya hari Selasa itu. Untuk semua rezeki ini, ia berjumlah RM58.00
Termasuk air saya order barli limau, nescafe tarik & ais 0. 
Alhamdulillah kenyang yang teramat kenyang. Sampaikan masa nak memandu pulang ke rumah tu, perut dah tak boleh nak straight!

Kesimpulan : 

Sedap. 

Pelajaran Hari Ini;

Bila hari hujan, kadar metabolisma akan meningkat. Maka disebabkan itulah kita merasa mudah lapar.

MAK..EMAK.

Saya sedang menyiapkan Induction Course saya yang berbaki beberapa chapter. Kemudian saya terfikir akan suatu entri yang patut saya tulis. Bukan entri ilmiah berkenaan Induction Course yang complicated ini, tapi tentang Emak. Emak Saya! Persoalan kenapa saya terfikir untuk bercerita tentang Emak saat saya mentelaah ilmu? Apakah sebab saya ini sudah mula gila berblog? 

Sebenarnya pada saat ini, Emak sedang berbaring diatas lantai menemankan saya yang sedang study (kononnya) diatas katil. Saya berasa benar - benar terpanggil untuk bercerita tentang Emak saya yang Mulia. Semoga kelak, esok jika saya lupa diri, saya boleh rewind semula apa yang saya tulis hari ini, untuk buat saya ingat kembali tentang siapalah saya Tanpa Emak.

Emak saya bukan bekas Ratu Cantik Malaysia, bukan seorang Guru, bukan seorang penterjemah Bahasa. Emak saya bukanlah "sesiapa" dimata masyarakat. Tapi dimata saya, Emak saya Unggul! Terunggul. Emak saya seorang wanita muda, saat ditinggalkan suami. Kentalnya Emak membesarkan saya seorang diri. Saya ingat lagi, mungkin sekitar umur saya 5 tahun, kerana saya belum pun bersekolah ketika itu. Emak mengayuh basikal dalam hujan lebat yang disertai kilat. Susah untuk menceritakan sebenar- benarnya perasaan yang saya rasai ketika itu, tapi apa yang saya tahu saya sedih melihat Emak saya lencun demi mencari rezeki.

Dari kecil Emak suruh saya belajar rajin -rajin. Saya faham kenapa. Saya ingat lagi, dulu masa saya hendak PMR, saya cuti dari menonton TV hampir setahun lamanya. Tengok TV hanya untuk berita penting atau ketika ada siaran langsung perlawanan bola sepak Selangor vs XXX sahaja. Selebihnya saya tekun study. Bila saya cuti tengok TV, Emak pun tak buka TV. Emak temankan saya belajar. Saya khusyuk di meja study, Emak pulak duduk di lantai melipat kain, membaca majalah atau menjahit langsir, atau tertidur keletihan. Namun masih pada jarak mata saya dapat melihat Emak dengan jelas dan begitu juga Emak dapat melihat saya dengan terang saat dia memandang ke arah saya.

Hari ini, setelah lebih sedekad masa itu berlalu, Emak masih setia menemani saya dengan gaya  yang serupa. Tidur berbantalkan lengan beralaskan lantai. Masih sama seperti dulu. Bezanya jika dulu saya cumalah anak gadis Emak yang penakut, tapi hari ini saya seorang isteri orang yang sudah mula pandai berdikari, dan seorang pekerja yang memiliki anak buahnya sendiri. Tapi dirumah Emak, saya tidak pernah besar. Saya tetap anak kecilnya yang perlukan penjagaan yang sangat teliti.

Jika suami saya outstation saya akan tidur dikatil Emak. Jika suami saya keluar malam (seperti malam ini), Emak akan temankan saya menunggu suami pulang sambil tersengguk sengguk kepalanya menahan ngantuk. Saya berkeras menyatakan bahawa saya OK sahaja seorang diri. Tapi Emak buat - buat tuli. Kesian Emak. Sebab itu saya tidak suka suami saya keluar malam tanpa sebab musabab yang kukuh. Kerana secara automatiknya saya akan menyusahkan Emak. Saya kasihankan Emak saya. Tapi saya tak rasa suami saya faham.



Kesimpulannya :

Kasih ibu memang tiada taranya. Saat semua orang berpaling dari kita, ibu akan tetap setia disisi.

Pelajaran Hari Ini:

Emak saya berpesan, perempuan harus ada kerjaya sendiri. Jangan berharap kepada lelaki semata - mata. Kerana jika umur kita panjang, lelaki akan meninggalkan kita dengan dua cara. Samada bercerai hidup atau bercerai mati. Maka perempuan harus pandai berdikari. Supaya jikalah lelaki tiada, perempuan tidaklah kepatahan sayap untuk meneruskan hidup yang bukan mudah untuk dilalui seorang diri.
Saya sangat sayang Emak. Semakin hari semakin saya rasa Saya amat menyerupai Emak. Jika saya membenci Emak, samalah sepertinya saya membenci diri saya sendiri. Semoga Allah panjangkan Usia Emak saya & berikan dia kesihatan yang baik. Amin.


MASALAH KECELARUAN MEMILIH TANDATANGAN MENGIKUT ZAMAN.

Memilih tandatangan yang sesuai dengan jiwa raga saya memang suatu masalah besar. Dari zaman kanak - kanak lagi saya telah mencuba beratus - ratus tandatangan yang cantik, namun cubaan itu kesemuanya gagal semata! Apa yang saya hasilkan semuanya hodoh - hodoh belaka. 

Zaman Darjah 6 adalah Zaman Sibuk Tulis Buku Autograph sebab masing- masing feeling tak jumpa lagi bila naik Form 1 . 

Masa waktu ini saya amat teruja ingin memiliki tandatangan yang cursive dengan full name saya dan ia cantik. Maksudnya kalau lagi lenggak lenggok siap nama bapak sekali dalam "sign" tu memang terbaiklah! Impian tandatangan masa bebudak dulu macam budget besok besor jadi fofular artis kene sign kat posterlah gamaknya. Waktu ini saya definisikan sebagai Zaman Ikut Ikutan Lumba Lumbaan. Pasal sign semua nak ikut sign kawan yang palling cantik, tapi sendiri punya harus jauh lebih cantik dari kawan punya. Paham tak?

Zaman Tamat Habis Belajar & Perlukan Tandatangan Sana Sini masa nak isi borang UPU lah dan bagai - bagai lagi yang saya pun tak ingat dah.

Ini adalah zaman dimana saya start memerlukan tandatangan yang saya akan bawa sampai mati konon - kononnya. Zaman ini adalah zaman dimana saya sendiri sudah lupa tandatangan yang saya pilih dahulu masa baru akil baligh. Bertahun kot saya tinggalkan tandatangan yang saya perasan dulu cantik giler beb*, tapi bila saya tengok balik masa umur saya 18 tahun, saya berasa malu sendiri! Definisi sign baru ketika ini adalah Zaman "Aku sudah Matang". So, sign yang di pilih lebih relevan . Dan bila orang lain tengok sign tu, at least diorang boleh agaklah nama saya siapa.

Zaman Kerjaya & Cukup Matang.

Masa berlalu pantas dengan pelbagai pengisian onak dan duri, suka dan duka. Banyak benda baru saya jumpa dan banyak juga benda lalu saya sudah lupa. Sekali lagi saya antara ingat dan tidak ingat tandatangan yang saya pilih dahulu. Maka zaman ini, adalah zaman dimana kali ke 3 dalam hidup saya, buku akaun bank yang baru Open di RHB berbeza dengan tandatangan di buku Bank Islam yang saya buka masa nak masuk U, dan beza juga dengan buku ASB yang saya bukak entah bila.

Apakah saya masih lagi melalui fasa - fasa krisis identity diri? Saya pun tak pasti. Namun yang pasti Kakak Office saya ni pun dah 40+ umurnya, tapi hari itu, saya temankan dia ke Bank, dia turut mengalami masalah seperti saya. Rupanya dia pun sign hari ini tidak sama dengan semalam. Tapi dia lagi parah dari saya, pasal katanya, zaman dia membesar, dia & seluruh gengnya ada nama glamour lagi dan memasing sign ikut nama glamor yang dipilih itu. Contohnya nama Fatimah tukar nama "Fetty Hanayuri Dango".

Hari Ini Zaman 2 orang bebudak nie tanya:
Kak Yul nak buat sign pepanjang mcm mana?
#viralkatofficecakapsignsayamacamword"start"
#sayapikirapekepeliklahmatadiorang
#sayatengoksekalilagi..yupiamemangmacam"start"

Kesimpulan : 

Jangan Ubah Tandatangan, Ia Cumalah Menyusahkan Diri Sendiri di Masa Depan.
Ada perasaan takut tiap kali nak keluarkan duit di bank, takut sign tak sama. Jenuhlah nak menjawab dengan orang Bank. Kena yang baik, baiklah. Kena yang tak baik tu, sendiri agaklah apa kesudahannya.

Pelajaran Hari Ini : 

Tandatangan saya ringkas sahaja. Tapi menurut Makna disebalik tandatangan saya didefinisikan sebagai seorang yang suka mengelakkan perhatian, yang meragukan kebolehan diri sendiri dan kurang berkeyakinan.

Tahniah pada suami saya dan Emak yang katanya tak pernah tukar sign, sejak hari pertama diaorang "menyain" =)