7 MANIS MASAM DI HARI RAYA AIDILFITRI

Semua Insan sedang gembira
Dihari ini Sayang
Hari yang Mulia
Marilah bersama berhari Raya

Mood Raya saya tahun ini tidak begitu "Dam Dam Dum" seperti tahun tahun sebelumnya.
Namun satu perkara yang best yang kalau boleh saya nak ulang lagi ditahun - tahun depan adalah, last minute shopping di Jalan TAR.  



15/7/15 
6.30pm 
Dua Hari Menjelang Raya.

Cantiknya KL lenggang! Namun cumalah Di Jalan Duta.
Jalan TAR masih sesak. Saya ingat hendak buat entry "Pengalaman Shopping Last Minute di Jalan TAR", tapi memang tak ada daya upanyalah. Orang terlalu sesak, sampai nak angkat phone nak snap gambar pun tak berani. Bahu laga bahu. Macam2 pun sebenarnya berlaga, Sogo lagilah. Macam semut hitam hurung gula di luar tangga tu. Memang dasyat Orang Melayu nak sambut raya.

Berikut 7 Manis Masam Namy Yul Rasa di Hari Raya Yang Mulia ;

1. Pertama kali masak Rendang Daging Rusa di Hari Raya. 

Boleh kira macam special jugak. Sebab selalu cuma masak Rendang Daging  Lembu & Daging Ayam sahaja. Tapi tahun ini kita upgrade menu, kita tambah daging Rusa pula. Tahun ini tiada rendang kerang. Tapi Acik ada buat Kari Kerang. 

2. Ucu & Acik balik sebelum raya!

Pentingnya adalah, khidmat saya kuranglah sikit diperlukan. Hahaha *gelak sakan orang malas dapat lari dari kerja rumah * Penat tau sehari sebelum raya, pepagi lepas sahur tak ada rehat dah. Pepagi sebelum lalat bangun dah kene pergi market. Kalau daging tak dapat, serai lengkuas daun kunyit habis, mak mengamuk pulak. Balik market terus nak prepare memasak rendanglah, masak ketupatlah, nak bersihkan bekas kuihlah, nak masukkan kuihlah, nak sapu lantai, nak mop lantai, pastu bebudak tak cukup akal asyik jer lari - lari dalam rumah, siap buat sepah. 10x kita bersih 11 kali diorang buat sepah. 

3. Juara Sukan Lari Berganti Ganti Bawa Baton

Pemenang utama tidak diketahui siapa dia. Namun jumlah peserta tahun ini, memang class. Terdiri daripada pelbagai peringkat usia. Dari budak belum baligh ke anak dara, ke bini orang ke Mak Bapak orang hinggalah keWarga Emas. Tiada yang terkecuali. Saya terfikir juga, kalaulah "Full" time raya ini, agak - agaknya kalau kita call Indah Water, diaorang sanggup ke datang bekerja di Hari Raya?

4. Ketupat dan Rendang Penuh dikuali, Namun KFC jugak yang dicari - cari.

Kebetulan Raya tahun ini jatuh pada hari Jumaat, jadi serbuan Raya itu lambat sikit. Masing - masing yang nak datang beraya di 1 Syawal memilih untuk bertolak dari KL selepas Sembahyang Jumaat. Jadi tahun ini kurang sikit penat basuh cawan & pinggan serta isi balang kosong. Bila bosan, rasa jemu tengok memacam hidangan, tekak semua teringin makan KFC. Yeayyyy... sampai KFC kita order memacam. Lepas itu ucap Selamat Hari Raya kepada pekerja KFC. Hehe mesti budak KFC itu sedih dalam hati,mungkin dalam hati dia berkata... kalaulah dia dapat cuti beraya tahun ini, KFC lah tempat dia takkan jejak 

5. Siapa Lagi Yang Lebih Tahu Jika Bukan Allah? Kita Merancang Allah Yang Menentukan.

Di pagi 2 Syawal yang masih meriah dengan bunyi mercun disana sini, pada pukul 3 pagi saya dikejutkan oleh Emak. Katanya Pak Long telefon, Uwan Andak telah menghembuskan nafsnya yang terakhir di Hospital Sg Buloh. Dalam mengantuk dan sedih, seisi keluarga diam & termenung.Tiada istilah sambung tidur. Memang rutin setiap tahun, raya kedua adalah hari menziarah Uwan Andak di Jeram. Tapi tahun ini, ziarah kami adalah ziarah yang terakhir dalam keadaan Uwan tidak lagi bernyawa. Semoga Arwah Uwan Andak Minah ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

6. Tiada sesi kunjung mengujung Saudara Mara. Semuanya bermaafan di Pusara.

Rutin jalan - jalan Raya kedua dibatalkan sama sekali. Memandangkan semua sanak - saudara jauh & dekat telah berkumpul di Tanah Perkuburan Sungai Sembilang, Jeram Selangor. Kami bermaafan di hadapan pusara sahaja. Tiada selera nak Makan. Kebayakkannya kesal, tak tunaikan permintaan Uwan Andak. Pasal Uwan Andak pada akhir hayatnya ada megajak semua anak - anak saudara & cucu2nya tidur di rumahnya. Tapi semua pun bagi alasan "Sibuk". Memang sibuk pun, pasal masing - masing ada tanggungjawab pada kerja & keluarga. Lebih lagi pada yang anak - anak masih sekolah. 

... kalaulah kita tahu bila Ajal akan menjemput...

7. Balik Kampung di Hadramawt, Yemen.

Perrggh tak mengalah. Nak jugak balik kampung. Hakikatnya tak ada Kampung. rumah kita duduk inilah kampung buat Makcik Pakcik & Uwan Ucu kita. 1st raya memang hura hara. Yang besor rancak bercerita, yang kecik - kecik berlari ada merangkak ada, menangislah, yang sepak menyepak pun ramai. Jadi bila turn diaorang balik rumah spouse memasing , rumah ini kembali sepi. Turn saya beraya ke rumah diaorang  pulak adalah seminggu kemudian selalunya. Jadi untuk mengubat hati yang sunyi di hari raya, maka kita layanlah Nasi Arab di Hadramawt Restaurant. Nasi Arab style Yemen yang memang sedap tak terkata. 

Pelajaran Hari Ini;

Amat mudah cari duit dengan Mengemis di KL. Yang baik, mengemis cara baik. Yang tak baik, budak kecik macam 4 5 tahun sudah diajar mengemis, bukan dengan cara kasihan, tapi paksaan. Seorang anak lelaki, menyelitkan Yassin kecil ditangan suami ketika dia sedang sibuk memilih Kasut. Suami dan Saya pun Terkejut. 

Bila suami pulangkan balik Yassin ke tangan budak kecil itu, dia menolak. Dia kata "Saya tak Mahu Yassin, Saya Mahu Duit RM5" Suami bagi seringgit dia balas "Lagi RM4". Mendesak & terus Mendesak. Isunya bukan kisah Seringgit atau Lima Ringgit, tapi kisah siapakah budak Comel tapi Agresif ini. Dia cumalah kanak - kanak yang boleh dilentur, tapi diajar sedemikian rupa, bagaimana nasibnya kelak apabila dewasa? Hanya Allah Yang Tahu. 

Samada kedaifan keluarga yang menyebabkan Ibu Bapa menyuruh anaknya bekerja sedemikian rupa, atau ada sindiket Jahat oleh Syaitan - Syaitan yang belum bertaubat, semoga ada satu langkah boleh diambil dalam membasmi aktiviti mengemis oleh Kanak  - Kanak ini. Agaknya kalau suruh Jabatan Kebajikan Masyarakat tangkap budak - budak ini dan hantar ke Rumah Anak Yatim ada orang claim tak bebudak ini anak mereka?

7 TIPS SHOPPING SAKAN SEBELUM RAYA SECARA BERHEMAH.

Diakui melakukan persiapan awal dalam menyambut lebaran adalah amat digalakkan. Namun bukan semua benda yang baik kita plan akan menjadi. Kadang kala kekangan masa menjadi masalah utama. 
Jadi suka atau tidak, sempat atau tidak, ramai diantara kita rakyat Malaysia yang sibuk berpusu - pusu membeli belah selang beberapa hari sahaja lagi Ramadhan melabuhkan tirai dan Syawal pula menjelma.

Berikut adalah beberapa tips yang saya fikirkan wajar diikuti bagi menghindari pembaziran dan masalah poket rabak serta merta.

1. Listkan barang yang benar - benar perlu dibeli.

Selalunya sebelum pergi membeli apa barang pun, kita semua sudah ada target apa yang kita hendak beli. Namun sejauh mana target itu benar - benar mengenai sasarannya. Saya perhatikan lelaki mereka berjaya dalam menangani masalah target ini. Tapi perempuan seperti saya amat rambang mata. Lelaki kalau hendak beli seluar sehelai baju sehelai, confirm cuma akan balik dengan baju sehelai seluar sehelai. Tapi kalau perempuan, tidak sama sekali. Takkannya terkurang beli, tapi terlebih - lebih pula. Alasannya adalah.. "Alamak offer murah giler, rugi kalau aku tak beli, nanti orang lain beli" "Adoi cantik giler baju kurung tu, alah tambah sepasang lagi jer pun, jadi apa salahnya."


Sila control nafsu serakah berbelanja & sila control duit yang ada. Cuba fikir - fikirkan, daripada bermewah - mewah di musim raya ini, lebih baik kita bersedekah lebih pada anak yatim dan fakir miskin. Tanya balik diri, kalau rasa kedekut sangat nak hulur RM1 ke RM10 ke anak yatim tapi elok sahaja nak berbelanja RM100 untuk sehelai baju, maksudnya dalaman kita memang ada problem. Balik shopping muhasabahlah diri.

2. Berbelanjalah ikut kemampuan

Ada beribu barang yang cantik, dan yang cantik itu selalunya mahal. Apakah kita mampu berbelanja mahal? Jika mampu belilah, jika tidak pilihlah barang lain yang cantik yang kurang mahal yang kita mampu bayar pada hari kita membelinya, dan kita mampu meneruskan hidup dengan riang selepas kita membayarnya. Sebab selalunya time membeli tak ingat dah, yang hujung bulan kita akan sesak. Ye tak? *Cakap diri sendiri*

3. Hadkan masa berada di pusat membeli belah

Lagi lama kita berada di dalam shopping mall, lagi banyak barang yang kita nampak. Itu menarik ini tertarik. Akhirnya kita pun akan membeli macam - macam yang merepek merapu. Seeloknya habis sahaja jumpa semua barang yang tercatat di dalam senarai, apakata mulakan langkah dengan membayar tiket parking pula. Sudah bayar parking kenelah keluar juga kan. Perempuan, Hati mesti Sado time ini!

4. Bayar Tunai

Bawa duit secukup budget plus extra maybe dalam RM50. Cukup. Tak boleh lebih daripada itu. Jika terbelanja lebih, maksudnya Fail! Dan tolong bayar tunai. Kajian menunjukkan manusia terdorong untuk berbelanja lebih 50% daripada keperluan jika membuat bayaran menggunakan kad.Tak kiralah namanya credit kad atau debit kad. Kesannya sama.

5. Maaf, jangan beli barang Online

Barang online kita tidak nampak dan rasa kualitinya. Atau kita tidak boleh perasan jika ada reject dimana - mana. Memang boleh return balik, tapi bertambahlah prosesnya, bertambahlah lambat. Dan melalui pemerhatian mata kasar saya, kebanyakkan baju - baju di internet mudah sahaja didapati dikebanyakkan kedai berjenama & tidak berjenama. Jarangnya pakaian online dijual pada diskaun 50% atau 70% seperti yang ditawarkan di shopping mall.

Kebanyakkan mereka menjual pada harga fixed & pm terutamanya yang buka IG. Exclusive ? Hanya kerana penjual itu membeli daripada suppliernya 5 helai setiap design maka dikira exclusive, tapi sedarkah kita bahawa supplier tadi turut menjual pakaian yang serupa kepada 100 peniaga yang lain? Tiada exclusive sebenarnya. Silalah berkunjung ke kedai - kedai di bawah - bawah khemah depan Pasar, depan Tesco, KWC dll. Pernah tak jumpa baju yang sama di Online. Saya pernah jumpa!

6. Manfaatkan Happy Hour

Happy Hour memang benar - benar membuatkan customer happy. Saya pernah merasa seronoknya dapat membeli barang semasa happy hour dan pernah merasa sedih saat membayar barang yang saya beli dikaunter, kemudian terdengar laungan "Happy Hour".

7. Jangan terpedaya dengan Jurujual

Jurujual memang manis - manis, cakapnya manis rupanya pun manis. Dan lebih menariknya mereka akan melayan kita bagaikan sudah lama kenal, macam sedara pun ada padahal baru pertama kali jumpa. Dan kerana itu kita akan mudah terpedaya dengan kebijaksanaan mereka berbicara. OK jangan cepat jatuh hati &  berpijak di bumi nyata. Mereka cuma menjalankan tugas mereka. Sesiapa pun mereka jumpa mereka akan bagi nasihat sedemikian rupa. Jadi belilah barang yang dirasakan perlu sahaja. Tanya diri "Eh perlu ke tidak barang ni?"

Selalunya, shopping apa pun barang kita *saya* akan berakhir begini.

Kesimpulannya, tips diatas adalah lebih kepada peringatan untuk diri sendiri. Namun diharapkan semua rakyat Malaysia dapat berbelanja dengan lebih bijak di musim perayaan ini. Lebih - lebih kita masih belum kebah dari demam GST & Minyak Naik lagi.

Pelajaran Hari Ini

Berbelanjalah berpada - pada, apa yang perlu lakukan, jangan diabaikan, Baliklah pulang berhari raya bertemu emak ayah sanak saudara, pohon kemaafan dari mereka. "Sentuhan 5 saat itu lebih bermakna daripada 5 minit kata - kata " - Johnson & Johnson.

HOMST RESTAURANT SHAH ALAM.

Citarasa Masakan Cina Muslim yang menepati selera Melayu!


Lokasi : 
5 & 7 Jalan Bowling Padang H 13/H, Seksyen 13 Shah Alam.













Ada 1001 jenis makanan & minuman yang boleh dipilih sesuai dengan selera kita.
Pokok pangkalnya cuma duit sahaja.

Adalah lebih baik sekiranya kita membuat booking terlebih dahulu sebelum tiba.

Ini kerana, menurut pemerhatian saya, Homst ini agak sesak, padat & juga riuh rendah.
Jadi kebarangkalian makanan yang dipesan lambat sampai boleh terjadi dalam situasi begini.
Oleh itu, untuk lebih keselesaan bolehlah book VVIP Room mereka.


Inilah VVIP Room yang disediakan untuk saya sekeluarga.
 Namun suasananya tidak jauh sangat beza dengan diluar.
Suasana bilik yang agak terkepung, menyebabkan lebih gema terhasil.

Dan lebih sadisnya, ketika saya ke sini,
ruangan meja sebelah telah dipenuhi dengan mereka yang sedang berseronok meraikan Annual Dinner.
 Jadi bayangkan sahaja suasananya.
Memang sangat bingit. Kebingitannya sampai menyebabkan kami menjadi lebih jadi senyap.
Pasal anak tekak kami tidak larat untuk berborak - borak dalam keadaan yang memekik - mekik.

Nasib baik service tip top.


Tak mengecewakan, Ayam Butter ini memang sedap.


Betapa sedap pun sayur Kailan ini, seingatnya cuma beberapa orang sahaja yang sentuh.
#ramaiantisayur


Pada akhirnya, habis licin tinggal kulit sahaja.


Mesti tidak lupa order Sotong Goreng Tepung.
 Paling awal habis!


Daging Black Pepper.
Setakat ini, tiada hidangan yang mengecewakan ditekak.
Semuanya puas hati teramat.


Kerabu Mangga yang masam manis rasanya. 
Sayangnya hidangan ini kurang balance di meja saya. 
Kerabu di meja saya terlalu banyak bawang, sedang meja 1 lagi banyak mangganya.


Ikan masak Asam yang memang Masam. 
Sedap, tapi saya lebih suka yang style Melayu Melaka atau Johor.


Ini tidak tahulah apa namanya, tapi sedap.
Berintikan Udang di dalam.
Enak dinikmati bersama sos yang dihidangkan.


Lebih kurang macam rasa di atas, bezanya ini berintikan ayam.


Ini Udang Masak bersama Kuning Telur Masin 
Amat - Amat di sarankan.
Saya bagi 10/5 bintang. Maksudnya overdose Sedap!

Last but not least, 


Abang Akif Sado yang flawless giler mukanya.
Bapaknya kata kuat zikir.


Dah kenyang, sebenarnya kedai pun dah nak tutup 10.30pm
maka kita bergambar pula.

Terima kasih kepada sepupu saya yang belanja kami semua makan sedap - sedap sebelum menyambut Ramadan.
Semoga kak Juya Happy Selalu.

Pelajaran Hari Ini;

Ikatan persaudaraan yang utuh membina keluarga harmoni.

Selamat Berpuasa Semua =)