RESTORAN AMAN IJOK YANG AMAN DAMAI.


Malas masak? 
Makan kat luar sahajalah!

Gambar tak cantik.
Sila marahkan jurugambar.
#maafkansaya
Lebih kurang beginilah persekitaran Restaurant Aman Ijok Seafood & Western Food pada waktu malam.
Ia terletak di Pekan Ijok sederet dengan Proton Service Ijok. Berhampiran dengan Petronas dan juga Bus Station. 


Owwhh macam ini pula jadinya.

Sebenarnya saya hendak tangkap gambar dinding kayu ini.
Pada saya ianya amat cantik & klasik sekali.
Kejakunan saya terserlah apabila saya acapkali touch dinding ini.
 Adakah ia wallpaper?
Hakikatnya bukan. 

Bila saya sentuh, memang terasa kasar urat2 kayu.

#memangkatrumahsayatakada

Chinese ini, bukan jiran saya.
Tapi mereka juga mengalami sedikit kebatakkan yang sama seperti saya.
Sementara menunggu makanan sampai, mereka pun asyik terdongak -dongak ke atas,
terteleng - teleng kiri dan kanan sebab mengagumi seni bina Melayu ini.

Saya suka pintu gaya begini. Macam style dulu - dulu.
Agak - agaknya kalau nak buat dekat rumah sendiri, 
ruang yang mana OK pakai pintu sebegini ye?
                                             

Designnya cantikkan?  Sangat berunsurkan kampung Melayu dulu - dulu.

Apahal kosong? Tiada orang datangkah?
Hehe..sebenarnya di luar full.
Saya kurang mengerti mengapa ramai orang suka duduk diluar 

berbanding di dalam yang cantik & selesa ini.

Ok mungkin juga kerana angin yang lembut  dan sepoi - sepoi bahasa 
menarik perhatian mereka.
                                         
Nasi Goreng Ayam yang Mak saya sangat suka.

 

 Nasi Padprik yang memang jadi pilihan utama saya senantiasa.


Nasi Goreng Seafood.
Tapi kurang seafood.
Tapi fikirkan balik, logik gak laa..
pasal mereka charge RM5.00 sahaja. 
Mana boleh nak taruk 10 ekor udang 10 ekor sotong bagaikan?


Tomyam Kurang Pedas, adik -adik Tadika boleh hirup dengan gembiranya ye =)
                                               
Kesimpulannya ;

Boleh dijadikan destinasi mengeyangkan perut jika malas masak dirumah. Harga pun mampu bayar. Kebanyakkannya hidangan sepinggan berharga sekitar RM4.50 - RM5.50 sahaja.

Pelajaran Hari Ini;

Antara sebab utama sakit kepala & pening - pening  di bulan Ramadhan adalah kerana tekanan gula dalam darah yang rendah. Oleh sebab itulah kurma penting di bulan Ramadhan dalam memberikan tenaga yang mencukupi & menyeimbangkan tekanan gula dalam darah sepanjang kita menjalani ibadah puasa.