PILOT CAFE! PILOT CAFE MEMANG WUJUD!

Hari ini saya bukan hendak review filem Pilot Cafe yang sedang meLetop -Letop di panggung wayang. Tapi saya ingin berkongsi cerita tentang kisah makan - makan di Pilot Cafe. Saya hampir tidak percaya bahawa Pilot Cafe ini wujud. Ingatkan ia cuma wujud didalam filem, rupanya dialam nyata ia memang ada.

Pilot Cafe (Malaysia)
Dibuka Selasa - Ahad
Isnin Cuti
Bermula 5pm - 12am.

Ini Filem Pilot Cafe.

Pemandangan sebenar dari luar.
Ia terletak di lot - lot kedai berhadapan dengan Dataran Nilai yang bersih.
Jika dari arah KL. nampak sahaja Dataran Nilai di sebelah kanan, maka bersedia untuk belok kanan. Setelah belok kanan, belok simpang pertama kiri di kawasan lot - lot kedai dan terus, maka jumpalah cafe biru ini.Cafe ini juga dekat dengan Satay Williy yang popular itu.

Alamat surat menyurat;
Pt 9915 Jalan BBN1/3f, 
Putra Point 2b
Bandar Baru Nilai.
Pilihan makanan  untuk Juruterbang & Anak - Anak Kapal serta para Penumpang.

Pembuka Selera yang memang terbuka selera dihidangkan panas - panas.


Lamb Chop with Potato yang awesome tiada bau hanyir!
Kentang bakar itu sangat sedap. 
Suami saya kata, kentang bakar itu lebih sedap daripada lamb chop itu sendiri.


Chicken Grill with Potato yang sedap!
Saya rasa kentang bakar itu memang sedap.
Sesedap ayam bakar bersama sosnya.
Dan saya terpikir, tentu chicken chopnya pun sedap juga.
Next visit boleh try makanan lain pula.



Budak kecil ini makan Fish & Chips. 
Tapi tak sempat ambil gambar makanan sebelum dicarik carik oleh garfu 
sebab dia sudah merajuk makanan dia paling lewat sampai.
Abang crew siap mintak maaf explain kat budak ini,
yang tadi kawan Abang crew masak Fish tu melekat tak cantik, 
so Abang kitchen crew tu kene goreng lagi satu yang baru.
Tapi Danish bukan faham pun.


Decoration di tempat bancuh air.
Dan sebenarnya, deco Pilot Cafe ini memang banyak berkait dengan dunia penerbangan.
Ada macam - macam board yang penuh dengan perkataan - perkataan 
yang hanya orang - orang penerbangan sahaja tahu guna.
Orang Gua macam saya memang tak paham apa dia tulis, 
melainkan saya rasa ianya awesome betul. 

Gambar dibawah ini telah diupload di instagram
& telah di like oleh seorang pengarah Astro Shaw.
Maka beliau pun sudah perasan bahawa rupa parasnya 'ganteng'
seperti Fahrin Ahmad.

Dia Suamiku..Orang Kampung Sebelah
"Feeling buat Filem/Drama adaptasi Novel.
Itulah tajuk yang sesuai buat saya"

Hot Chocolate, Milo & yang dalam mug Pilot cafe tu, dah tak ingat namanya apa.
Tulah lambat sangat baru nak tulis review macam inilah jadinya.


Laptopku rosak, hantar reformat!



Dah kenyang makan daging, 
nikmati Aiskrim bersama jeli dan Mashmallow sebagai penutup.
Ini normallah rasanya, semua pun bahan - bahan boleh beli sendiri 
dan campak saja dalam gelas cantik.


Budak - budak sudah kenyang, bolehlah bergambar dengan dekorasi yang ada.
Juga boleh bergambar pakai helmet dan pakaian juruterbang sekali.
Tangkaplah gambar seberapa banyak dan tiada caj dikenakan.

Melalui Crew Pilot Cafe yang ramah, seorang brother yang manis sekali muka & tutur bahasanya, berikut adalah beberapa fakta menarik menarik mengenai Pilot Cafe yang saya tahu.

  1. Ia dibuka sekitar 11 May 2015. Kerana ketika saya datang 16 May 2015, katanya itu adalah hari keenam mereka beroperasi.
  2. Dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Pilot. Katanya adik beradik ayahnya yang membuka Pilot Cafe ini semuanya Pilot, ada Pilot Commercial ada juga Pilot Fighter Jet. Hebatnya kerjaya mereka!
  3. Kerana itu mereka adik beradik ini terfikir menamakannya restaurant mereka sebagai Pilot Cafe.
  4. Pada hari ketiga operasi, mereka telah diserbu secara mengejut oleh team Nona beramai -ramai untuk salah satu topik dokumentari pendek mereka.
  5. Ekoran daripada serbuan itu, mereka terpaksa menutup perniagaan mereka pada keesokkan harinya, akibat dapur mereka memerlukan maintenance yang baik selepas terkejut dengan situasi non stop cooking for that day.
  6. Jalan- Jalan cari Makan akan datang berkunjung dalam masa yang terdekat bersama pengacara baru mereka. 
  7. Layanan mesra, senyuman manis sambil bertanya tentang quality masakan mereka.                     Saya yakin dia jujur, sebab dia tidak tahu saya seorang blogger yang juga akan berkata jujur dengan apa yang saya rasa.                                                                                                             Minta pandangan dari customer dengan hati terbuka, adalah suatu strategi yang bagus dalam memastikan kehendak pelanggan dapat dipenuhi. Bila customer senyum, peniaga lagilah senyum!
  8. Followlah FB & Instagram mereka untuk info lebih lanjut.

Pelajaran Hari Ini;

Susahnya rasa bila laptop rosak.