A HAPPY DAY!

HAPPY  ANNIVERSARY
NAMY LOVE MNR
Pimpin dan gengamlah tangan saya, bawa saya ke jalan yang diredhaiNya. Bimbinglah saya dengan penuh sabar. Kehidupan ini masih panjang untuk dilalui. 3 tahun sudah berlalu dengan pantas. Suka duka kita harungi bersama. Segalanya mudah buat saya, saat adanya Kamu. 
Semoga Allah panjangkan jodoh kita hingga ke Syurga.
I love you MNRM to the moon and back!

AVENGERS - AGE OF ULTRON IS BERBALOI !

Saya bagi 5/5 Bintang

Malam tadi dapat tengok Avengers Age of Ultron. Balik saja kerja, terus memecut ke TGV untuk membeli tiket. Tak perlu balik ke rumah tukar baju dan mandi pun. Dengan berbaju kurung moden pink berselendang hijau epal, rasa macam fesyen makcik - makcik pun ada ( tapi saya tak kesahlah, sebab sudah malam, siapa nak lihat pun) saya sungguh teruja untuk berdating malam ini. Huwahaahaaa

Avengers Age of Ultron, ceritanya lebih simple straight to the point dari awal ke akhir. Jadi layankan sahaja jalan ceritanya, tiada putar belit, tiada tanda tanya tidak berjawap dan sebagainya. 

Avengers Age Of Ultron turut meranapkan bandar Seoul demi menyelamatkan si cantik
Kim Soo Hyun
Jadi adik - adik yang minat KPOP boleh tonton Avengers jugak.
Tengok bagaimana coolnya Captain America menyelamatkan nyawa penduduk Korea yang tidak berdosa
Boleh jugak lihat betapa stylenya Black Widow memecut dengan Motorsikalnya di celah - celah
kedai -kedai orang korea yang sibuk, sempit & aktif dengan pelbagai aktiviti perniagaan .
Jangan Curi, ini saya punya!
Dan inilah dia sebab musabab utama saya menonton di panggung. Hanya kerana figurine limited edition ini. Malam tadi saya sudah dapat beli Thor dan Hulk. Esok - esok mahu beli Captain America & Iron Man pula. Kalau tidak tonton wayang, cuma beli figurine sahaja pun boleh. Harga setiap satu ini untuk non TGV member Club adalah RM19.90 berserta 1 popcorn & air saiz paling besar  . 

Kesimpulannya : 

Selepas cerita habis, dan keluarlah nama para pelakon, jangan berganjak dari tempat duduk, sebab cerita belum betul - betul habis OK. Lihatlah kesudahan yang melucukan terjadi kepada Avanger yang saya suka!

Pelajaran Hari Ini;

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh ;) 

HARI MELAWAT MONYET DI BUKIT MALAWATI KUALA SELANGOR

Asal tujuan hendak menonton Fast & Furious. Tapi mungkin disebabkan kami berdua masih dalam fasa blur blur, boleh pulak kami bawa budak bertuah Muhammad Danish sekali. Jadi, memang tak jadilah. Fast & Furiouskan untuk tontonan 18 tahun ke atas kan..Jadi mana nak pergi, jom kita tengok monyet sahajalah ;)



Tiket Dewasa : RM5.00
Tiket Kanak - Kanak : RM3.00
Weekdays boleh panjat naik ke atas bukit, jalan kaki atau drive sendiri.
Tiada caj dikenakan.
Weekend pula wajib naik trem. Itu sebab kena beli tiket.
Ada kedai cenderahati juga di tepi kaunter ini.


Baik hati ? Jom beli kacang. 
Buat makan sendiri boleh, buat bagi monyet makan nanti pun boleh.
Tapi selalunya orang beli untuk buat bagi makan kepada monyet.
Sebab jika korang buat bodoh makan depan monyet, 
monyet itu lagi cerdik merampas makanan korang. Mana lebih scary??
Tapi selalunya orang yang naik Bukit Malawati memang baik hati, beli makanan untuk monyet.

Jom bersedekah. Monyet pun Makhluk Allah.

"Kak Yun, jom kita letupkan meriam ni, lanun sudah datang!!!"


Simbol kemegahan Kuala Selangor.
Selain Bukit Malawati, inilah dia Rumah Api.

K.Yun : Muhammad Danish, tau tak Rumah Api itu apa?
Danish : Tau, Rumah untuk padam kebakaran.

Ok adik- adik sekalian, Rumah Api bukan Rumah untuk Padam Kebakaran Ok. Ia adalah menara yang menyuluh cahaya ke laut dan darat dan ia membantu kapal, nelayan dll belayar dan mendarat dengan selamat.

Ya inilah dia Fire Extinguisher zaman dahulu kala
digunakan di Ibu Pejabat Polis sekitar tahun 1940 -1950



Bagi Monyet Makan Kacang Tanah! 
Baikkan dia ambil kacang tu. Lebih kurang macam Orang saja gayanya.
Tip untuk monyet ini tidak mengganas, bila korang hendak bagi dia makanan, dan bila masanya dia ambil makanan dari tangan korang, korang jangan rentap.
Kalau korang rentap, dia akan rentap balik. Jadi agresif pula nanti.



Muhammad Danish yang teruja bagi anak monyet makan.
Dia tak puas hati Emak monyet tak bagi anaknya Makanan.
Kata Danish Emak Monyet Tamak!

Lihat ramaikan orang mengerumuni monyet.
Time ni, kebanyakkan yang datang adalah Chinese.


Nak balik sudah.
Budak ke mana pergi pun mesti nak singgah taman permainan.

Muhammad Danish tengah main panjat - panjat Besi
Training awal-awal sebab cita -cita 
nak Sambung belajar Kat Maktab Tentera Diraja.

~oh nangis ucu~


Kan sudah kata.
Rumah Api kebanggaan Kuala Selangor.
Ini Replika yang mengucapkan
Come Again & Selamat Jalan di Parking Lot

Belakang adalah Pekan Lama Kuala Selangor.
Saya gambarkan ia sebagai Pekan Mati
Sebab pekan ini tiada banyak perubahan besar 
macam itu sahajalah sejak saya kecil.

Pelajaran Hari Ini;

Baru saya sedar, banyak saya tidak tahu tentang Kuala Selangor. Lebih- lebih lagi  tentang asal usulnya. Sebagai warga yang bangga menjadi cucu cicit Bugis Kuala Selangor, saya patut datang semula ke Muzium Sejarah Kuala Selangor dan mencatit maklumat - maklumat penting sejarah yang tidak saya ketahui sebelum ini. 

LET IT GO


Kembali bersemangat In Syaa Allah
Tiada apa harus difikirkan lagi tentang nasib Malang.
Tentang Tuah yang tak Timbul atau tentang Rezeki yang bukan milik saya. 

Jika sudah begitu ketentuannya. Saya harus hadapinya dengan redha. 
Kerana yang telah berlalu pergi tetap pergi Dan tidak akan kembali lagi. 
Betapa pun saya menangis hingga tercabut segala bulu mata..
Sudah kehendakNya begitu., maka begitulah.

Selamat tinggal semalam.
Menyesal?
Tidak sama sekali. 
Kerana saya sudah Cuba sehabis baik sehabis daya.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk saya.
Itu saya percaya.

Pada yang terus mengejek
Teruskanlah jika awak rasa bahagia
Dan kalau nak tahu
Saya rasa dah lebih kebal Dari biasa.

Move On & Keep on Smiling!

Pelajaran Hari Ini;

Saya sayang Mei Ling. Walaupun kami berbeza agama Dan bangsa..tapi dia selalu menabahkan saya dari dulu sampai sekarang. Gambate for our friendship too =)

YA ALLAH PLEASE STRENGTHEN MY IMAAN

Ya Allah,

I know you are testing me and All I ask from you is
Please
Please 
Please 
Strengthen my Imaan
So that I can handle the struggles in life

YES, NO MATTER HOW NO MATTER WHAT
IN SHAA ALLAH
I'M GONNA MAKE IT HAPPEN!



Pelajaran Hari Ini;

I am a strong person. A strong person like me is the one who cries & sheds tears for a moment, then gets up and fight again! Never Lose Hope Namy Yul!

DALAM GEMBIRA ADA SEDIH

Pagi - pagi lagi sudah bersiap ke hospital. Keputusannya Isnin nanti. Namun doktor tidak meletakkan harapan yang tinggi. Jadi tawakal sahajalah, Saya sudah melakukan sehabis baik yang saya mampu. Terserahlah kepada Allah dalam menentukan segalanya.



Pelajaran Hari Ini;

Dengan adanya Ujian, saya yakin saya makin kenal Allah Yang Esa.

YEAAYYY!!! DAH ADA CA, JOM UPDATE RESUME!

I'm conscious about my body  figure,
but I don't really care whether it is balance or not
But if my Account did not balance I may got a fever.

Setelah beberapa ketika saya dirundung keresahan, sampai saya tak tahu nak tulis apa, akhirnya penat lelah saya terbalas juga.

Tiada daya Upaya saya sehingga ke sini,
Jika tanpa izin & pertolongan Allah
Terima kasih kepada Emak, Abang, Ucu dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam membakar semangat & memberi dorongan kepada  saya untuk lebih berjaya.

Pelajaran Hari Ini;

Never Give Up!