Alone at Work

When You Are Alone At Work
I am Free!!
Boleh joget, boleh korek hidung,
boleh garu -garu macam menyuk tanpa cover - cover malu =P
Plus siap boleh siap satu entry Kat Office.
Saya seorang diri di Office hari ini, maksudnya dekat atas  bahagian saya inilah. Orang bawah, walaupun ramai yang sudah cuti dan MC, tapi masih ada orang jugalah. Tidaklah kosong seperti dekat atas ini.

Mana pergi semua orang nie weeiiii? 

Semua Orang Sudah Mula Gantung Tanglung!!!
Bila semua orang sudah gantung tanglung.
Saya Bosan. Saya Menyesal tak Apply cuti macam orang lain. ='(
Kenapa hanya Saya tercanguk di Office ini ?

Pelajaran Hari Ini;
Ada esok, situasi yang sama harus ditempuhi. Be prepared =)

HAPPY WEEKEND

 I'm wishing that I can lying on my bed for the whole day or
someone can massage me from day to night !
Hakikatnya, hari yang panas untuk meng'iron' berpuluh2 baju seluar & tudung.

Apa pun Ahad tetap terbaik
Ahad yang tenang tanpa gangguan bingit -bingit kenderaan
Tanpa perlu meredah kesesakan
Tanpa lambakan kerja yang tak pernah sudah
Ahad hari untuk relax daripada kebiasaan yang meletihkan
badan & fikiran.

DIWAKTU SUSAH

It's times like these when you realize who your true friends are.
Disaat kita susah, baru kita kenal siapa kawan baik kita.
Memang benar! Kerana saya tengah susah sekarang ini.Sebenarnya semalam lebih- lebih lagi. Sebab semalam myWTS kena hentam depan dan belakang dihadapan HUKM. Ceritanya ada sebuah Saga BLM hentam myWTS,  dan myWTS hentam pula sebuah Persona. Kakak Saga itu mengaku yang dia silap, sebab dia sedang melihat-lihat anaknya disebelah. Kata suami saya, anak kakak itu nampak seperti tidak sihat, dan kakak itu pun kata dia on the way ke HUKM, sama macam suami saya, sama juga macam Persona itu pun menuju ke HUKM.

Kesimpulannya, sementara myWTS kena masuk bengkel yang tidak tahulah berapa lama sebab orang kata kalau hendak claim insurans dan hantar bengkel Perodua Service Centre memang lama prosesnya, saya tiada kereta untuk pergi kerja. Pendekkan cerita, dalam banyak - banyak 'orang yang kami kenal' yang kami tanya untuk beli atau sewa kereta, ada juga beberapa orang yang sanggup offer pinjam kereta mereka begitu sahaja at zero cost. Dan yang sedihnya, orang itu adalah kawan yang tiada hubungan darah setitis pun. Serius saya sangat - sangat terharu. Sangat! Sedangkan orang terdekat yang saya fikir - fikirkan boleh membantu, tiba - tiba sunyi sepi. Tapi FB berupdate pula, siap komen mengomen lagi , wasapp every single second last seen juga.

Apa pun, berjuta terima kasih buat kawan suami saya yang mulia hatinya, yang terbaik buatnya, hanya Allah mampu membalasnya. Semoga segala doa-doanya di makbulkan oleh Allah.

#Ini Bukan Muka Saya.
Pelajaran Hari Ini;

Kawan waktu susah memang sukar dicari, tapi jika ada insan yang baik hati berada di samping kita di saat susah, dia memang manusia terbaik! Walau seinci bantuan yang dihulurkan ia amatlah bermakna.
Semoga saya juga mampu jadi kawan yang baik kepada kawan -kawan saya & saudara mara saya dan kepada siapa -siapa atau apa -apa jua disekeliling saya. 
In syaa Allah. Amin.

D'CORAL IKAN BAKAR , PASIR PENAMBANG KUALA SELANGOR

D'Coral Ikan Bakar Kuala Selangor terletak di kawasan yang sangat strategik. Letaknya betul - betul di tepi Sungai Selangor, berhadapan Jambatan Besar Kuala Selangor yang menghubungkan laluan utama dari Klang ke Teluk Intan. Jika kita menyeberang sahaja jambatan Kuala Selangor, lihat kiri sungai, maka akan ternampaklah restaurant ini. Masih dikira baru dibuka dan belum cukup terkenal lagi seperti Restaurant Ikan Bakar Aroma di Jeram


Jambatan Besar Kuala Selangor
Pemandangan dari D Coral Ikan Bakar
Yang diusahakan Oleh Persatuan Nelayan Kuala Selangor

Tomyam Merah
Tomyam Ini penuh dengan isi - isi makanan laut
Antara yang paling banyak dijumpai ialah LaLa
dan Serai
Memang banyak sangat Seafood tomyam ini!
Bintang : 3/5 Bintang

Ayam Pandan
Ada rasa ayam goreng dan sikit - sikit rasa Satay
Bintang : 4/5 Bintang

Tembikai Laici Ais Kosong & Carrot Susu
Bintang : 4/5
(Set) Mackerel Bakar
Yang Ini Menu Paling Tip Top.
Sedap sangat - sangat - sangat.
Sedap Gila!!!
Bintang : 5/5
Salad
Termasuk dalam Set Mackerel Bakar
Beehun
Termasuk dalam Set Makarel Bakar
OK ini adalah apa yang di cadangkan
Makan isi Ikan Mackerel Bakar bersama
Sos Cili Special Dicampur Dengan Meehun dan
diBungkus Dengan Salad

Nampak Macam Pelik, Tapi Masuk Mulut Kali Pertama Sahaja,
Mata Terus Terbeliak Pasal Terkejut, Sebab
Rasanya Sedap Sangat. Tak Tipu!
Sotong Garlic
Ini menu pilihan suami. Sedap.
Tapi sejujurnya saya lebih suka kalau tiada garlic.
Bintang : 4/5

Ini sahaja yang kami makan.
Alhamdulillah
Anyway, Ini bilnya ya!
                                                  

Kesimpulannya : 

Restaurant DCoral Ikan Bakar Pasir Penambang Kuala Selangor ini memiliki potensi besar untuk jadi lebih maju dan terkenal. Selain dengan rasa masakan yang enak, tempat yang strategic, malah pelayan - pelayan restaurant juga ramah- tamah. Malah yang baiknya, pelayan tidaklah 'kedun' macam tunggul kayu seperti waiter kebanyakkan restaurant yang cuma tahu tulis order sahaja. Disini, waiter siap bagi nasihat lagi.  

Contohnya, saya berkeras mahu order 2 set Makarel Bakar. Sebab ikan kembungkan  ke kecil sahaja mana boleh hendak berkongsi pula. Seekor kembung enggak bisa menampung kelaparan kami yang baru balik kerja itu. Tapi waiter tiada gigi yang peramah itu berkeras - keras paksa kami ambil 1 set sahaja. Malas hendak panjang cerita, kami order 1 set sahaja. 10 minit kemudian, sampailah segala hidangan diatas meja. OK besar rupanya mackerel dia, patutlah dia tidak bagi ambil 2set. 1 set itu pun, kami kenyang sampai susah hendak bernafas!

Pelajaran Hari Ini;

Perut Kenyang Hati Pun Senang

LIEBSTER AWARD

DI TAG OLEH CIK DENA
OK ini adalah Liebster Award saya yang ke2. Oh sungguh teruja nak jawap.
FIRST ROUND - AWAK TANYA SAYA JAWAB

Dena Tanya  :  Apa matlamat hidup saya?

Namy Jawab :  
Matlamat hidup saya mudah sangat, tapi sukar untuk dilaksana. Saya mahu menjadi manusia yang berguna kepada diri sendiri, keluarga, bangsa & negara.

Dena Tanya  :  Saya ini anak nombor berapa & apakah peranan saya?

Namy Jawab :  
Saya anak tunggal. Maka peranan dan tanggungjawab besar. Apa yang anak sulung kena buat, saya pun kena buat, apa yang anak tengah patut buat, saya patut buat juga, apa yang anak bongsu wajib buat, pun saya wajib buat juga. Kesimpulan jangan fikir jadi anak tunggal ini cengeng belaka sahaja hidupnya. 

Dena Tanya  :  Pernahkah saya bercinta?

Namy Jawab :  
Pernah.

Dena Tanya  :  Kalaulah saya jumpa anak kucing yang tengah menangis, apa akan saya buat?

Namy Jawab :  
First saya akan tanya kucing itu kenapa ia menangis. Kemudian tengok - tengoklah apa telah terjadi kepada ia, patah kaki ke, luka ke, lapar ke?  Actually saya tidak pernah nampak kucing menangis, selalu nampak kucinng ada banyak tahi mata sahaja.

Dena Tanya  :   Apakah game yang saya minat?

Namy Jawab :   
Game yang kena design, decorate and build something based on my own preference. Sebabnya, saya boleh bereksperimen dengan idea sendiri dan idea orang lain (tengok neigboorhood buat macam, apa yang baik kita ambil)
                          
Dena Tanya  :  Pandangan Saya tentang blog Cik Dena?

Namy Jawab :  
Sekali pandang terus jatuh hati. Sebab backgroundnya sweet dan yang penting tiada lagu yang bingit.

Dena Tanya  :  Nasihat untuk Cik Dena?

Namy Jawab :  
Selamat berjaya untuk segala apa yang Cik Dena usahakan =)

Dena Tanya  :  Best ke tidak ke tag dengan Cik Dena?

Namy Jawab :  
Tentulah seronok. Ada juga orang ingat dekat kita =)

Dena Tanya  :  Ada tak saya minat gila - gila dekat mana- mana artis?

Namy Jawab :  
Ya ada. Saya peminat Lee Dong Wook. Sebab LDW sangat handsome & manis, Gilanya, sampai tahap, saya wish kalau ada anak lelaki suatu hari nanti saya hendak anak saya muka macam LDW. Tapi saya telah dinasihatkan oleh kawan baik saya, agar melupakan segala angan2  itu kerana jika anak saya bermuka LDW orang pasti akan tertanya - tanya siapa bapanya.  Kueng kueng kueng..

Sekian Saya Menjawab.

SECOND ROUND - SAYA TANYA AWAK JAWAB

  • Jika bulan jatuh ke riba, awak jatuh ke mana?
  • Jika pungguk rindukan bulan, awak rindukan siapa?
  • Jika layang - layang putus talinya, awak putuskan apa?
  • Jika sireh pulang ke gagang, awak pulang ke mana?
  • Jika ayam disambar helang, awak disambar siapa?
  • Jika kacang melupakan kulit, awak melupakan siapa?
  • Jika halilintar membelah bumi, awak membelah apa?
  • Jika Belanda meminta tanah, awak meminta apa?
Saya harap, awak semua yang ditag, sudi meluangkan masa dan tenaga untuk menjawab soalan Liebster Award yang saya kemuka. Jika anda telah menjawabnya, jangan lupa tinggalkan mesej kepada saya diruang komen, atau diruang cbox. Terima kasih.

Terima kasih sekali lagi dan Assalamualaikum.

HATI TERLUKA


KESILAPAN MEMANG BISA DI MAAFKAN
NAMUN SUKAR UNTUK DILUPAKAN 


Seseorang mempertikaikan keikhlasan & sikap kebolehpercayaan saya terhadap dia hari ini. 
#hariinibarusayatahudansedar

Automatiknya, hilang respect saya terhadap dia selama ini.
Sayonara!

Kesimpulannya :

Jangan perasaan diri kita bagus, hanya kerana kita yakin kita lebih berpendidikan & berpengalaman & mempunyai peminat berjuta - juta (dll) daripada orang lain. Kadang - kadang kita belajar sesuatu yang baik & baru itu, daripada budak sekecil 6 tahun cuma. 

Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun kesilapan itu boleh dielak jika kita menjanakan otak kita lebih kehadapan berbanding mulut & tangan. 

Pelajaran Hari Ini;

Kita tidak perlu cakap banyak untuk tunjuk bagus. 
Sometimes the more you speak, the more you look stupid.


WILD CARD MOVIE - JASON STATHAM IS THE BEST

MUST HAVE ITEM !
Saya sudah menonton Wid Card movie lakonan Jason Statham. Mr Transporter ini memang saya minat lakonannya. Kerana lakonannya awesome. Selain rupa parasnya yang walaupun botak, tapi masih terlihat handsome. Selalunya orang botak tidak handsome. I am sorry. 

Filem Wild Card tidak se'best' filem - filem Jason Statham yang lain. Dan lebih jujur ia bukanlah sebuah filem yang best pun. Jika kita tunggu tayangannya di HBO pun tidak mengapa. Malah jika sudah ditayang di HBO, dan kita tidak menontonnya pun, tidaklah ralat mana. Jadi, saya pun tidak mahu mengulas tentang cerita menghampakan lakonan mantap hero kegemaran saya.

MOVIE INI JUGA ADAPTASI DARI NOVEL
SAYA BAYANGKAN CERITA INI BAGUS DALAM BENTUK NOVEL
KERANA IA PENUH TANDA TANYA
TAPI MUNGKIN KURANG "SAMPAI" APABILA DITERJEMAH KE DALAM
BENTUK LAKON LAYAR

Bintang : 2/5 Bintang jika dibanding dengan the Transporter.

Pelajaran Hari Ini:

Judi itu haram. Judi itu mendatangkan lebih banyak keburukkan berbanding kebaikkan. Judi itu menyebabkan manusia menjadi tamak & sanggup melakukan apa sahaja sehingga mendatangkan banyak masalah kepada diri sendiri dan juga diri orang lain.