ASAM PEDAS UNTUK DIA

Ainin Kahwini Ziyad

Dayana Roza macam Scha Al Yahya
Syukri Yahya macam Jericho Rosales, tapi Syukri Handsome lagi!
Drama Asam Pedas Untuk Dia sedang ditayangkan di TV3, setiap hujung minggu di waktu Maghrib. Oleh kerana, kekangan masa, masa yang tak sesuai, pilihan hari yang selalunya saya tidak duduk rumah, juga pilihan waktu dimana kanak - kanak sedang conquer TV, jadi memang payahlah untuk saya menonton drama ini dengan tenteram. Pasti ada sahaja episode yang saya ter 'miss'. 

Maka disebabkan itu, saya yang tebal dengan sifat ingat tahu, gelojoh & tak sabar memanglah tersangat 'eager' untuk mengetahui siapa Ainin, kenapa dengan dia? Apa masalahnya dia dengan hero drama, dan macam- macam lagi persoalan yang tidak boleh dijawab oleh seisi rumah, maka saya nekad pergi ke kedai Sinar dan terus mencapai novel yang suatu masa dahulu saya tak teringin nak beli.

#AsamPedasUntukKedun

Dulu Tak Suka, Sekarang Tak Boleh Lupa
Asam Pedas Untuk Dia merujuk kepada Asam Pedas Ainin yang sangat disukai oleh Ziyad. Ziyad asalnya bercinta sakan dengan anak orang kaya raya lagi seksi bijak & berkerjaya. Biasanya anak orang kaya jer mesti seksi ceritanya. Ainin pula balu beranak kecil lagi. Hidupnya susah, jual nasi lemak & kuih koci sahaja. Nasib Ainin baik, doanya supaya dapat menjadi orang gaji didengari Allah. Ainin bekerja sebagai orang gaji dirumah keluarga Ziyad yang baik. 

Sebab Ainin comel, pandai masak asam pedas, baik pekerti, maka Ziyad pun dengan mudahnya terpikat & memperisterikan Ainin secara rahsia. Tapi dalam novel tulis,  Ziyad kata dia mahu kahwin dengan Ainin sebab dia kasihankan Ainin yang hidup susah, lalu niatnya hanya ingin membantu Ainin dari sudut kewangan. Tetapi saya tidak percaya. Kucing mana yang tak makan Whiskas?

Ziyad dalam baik hendak menolong seorang balu, ada jugak egonya. Ziyad meletakkan syarat agar perkahwinan diantara mereka dirahsiakan daripada pengetahuan semua kecuali keluarga Ainin, tiada sebarang sentuhan kecundang dan Ainin tidak dibenarkan sama sekali untuk mengandung . Jika tidak Ziyad pasti akan menjadi teramat murka. Warning Ziyad berkali - kali kepada Ainin.

Kucing mana tidak makan Whiskas? Yang pasti bukan kucing Ziyad.

Akhirnya Ainin mengandung juga. Ziyad bengang. Ainin lari. Ziyad sedar dia sayang Ainin sangat - sangat & nekad memberanikan diri untuk memutuskan pertunangan dengan anak orang kaya raya lagi seksi bijak & berkerjaya. Sangka Ziyad, mak ayahnya akan 'meletop' dengan fakta yang diberitakan. Tetapi mak ayah & adik2nya malah lebih suka Ainin menjadi keluarga mereka berbanding ex-Ziyad yang berlagak tidak bertempat itu. Ending.Bahagialah Ainin & Ziyad ditambah pula dengan kehadiran cahaya mata mereka.

Kesimpulan : 

Ceritanya mudah & agak - agak seperti Cinderella story. Maka saya beri 3.5 Bintang - Bintang berkerlipan di Perpustakaan.
Walaupun dah tau ending di novel, drama di TV harus tonton juga!

Pelajaran Hari Ini:

Berkatalah benar walaupun pahit.
Dusta yang kecil boleh menjadi besar jika ia kekal disimpan sebagai Dusta.

BUKU PANDUAN SISTEM POSKOD KEBANGSAAN


Cetakan 1990
Buku pun sudah kuning
Poskod kediaman saya.
Kalau saya tidak bekerja disini, pasti saya tidak akan tahu tentang kewujudan buku ini. Buku yang berada di tangan saya ini, adalah buku cetakan kedua bertarikh 1990. Sebab itulah buku ini kuning. Sebab ia sudah berusia 25 tahun. Malah muka belakang buku ini bercetak, "Harga : 60sen". Murahkan? Harga Choki - Choki hari ini lagi mahal daripada mendapatkan sebuah buku berhalaman 328 muka surat yang padat dengan info yang masih berguna & relevant sehingga ke hari ini.

Kini, saat IT berkembang maju hari demi hari, penggunaan buku poskod barangkali sudah tidak bermakna & tidak dikeluarkan lagi oleh Pos Malaysia. Maklum kerana segala maklumat sudah berada dihujung jari. Malah saat saya meng'google' "Buku Panduan Poskod Malaysia", directnya Mr Google membawa saya ke www.pos.com.my. Ada carian poskod disitu. OK, sekarang jika ingin tahu poskod, Click sahaja Negeri & nama kawasan yang ingin dicari. Mudah & Cepat. Tetapi menggunakan buku lama ini pun senang juga, ia sudah di susun elok mengikut negeri & abjad. Kena dengan tagline Pos Malaysia seperti terlihat di kiri atas buku, Cepat & Tepat!

Pelajaran Hari Ini;

Bukan semua barang lama itu tidak berguna. 
Seperti buku ini. Saya terasa lebih mudah mencari Poskod menggunakan buku berbanding menggunakan online. Sebab jika online saya harus ada WIFI ataupun data plan. Walaupun searching & loading pos.com.my laju juga, tapi buku lama ini tetap menarik pandangan mata dan hati saya.

" Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali "

Yeaah join " Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali "
Saya dah jadi follower ke 289 Cik Sulyanie

*klik banner untuk join.




♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)

Pelajaran Hari Ini:
Jom berblogwalking, sambil kumpul kawan - kawan. Share knowledge and experience =)

"First and Simple Giveaway oleh Cik Iman"

SELAMAT BERGIVEAWAY BERSAMA CIK IMAN
OK terima kasih kat Cik Iman yang singgah di Cbox saya, memberitakan bahawa dia sedang menganjurkan segment Giveawaynya yang pertama.  Saya baru check blog Cik Iman tadi, seramai 22 orang sudah pun join. Dengan join segment ini, maka blogger2 sekalian berpeluang untuk memenangi 
seekor kucing seperti diatas. Acah tipu saja!

Pada kawan - kawan blogger saya Fly & Nabila & Haida silalah join Giveaway Cik Iman, saya sudah join & follow Cik Iman #327.

Pelajaran Hari Ini.

Kucing menunjukkan emosi kasih sayang kepada tuannya dengan cara menggetarkan ekornya. 

KISAH TERSALAH MINUM SUSU

Biasakan lihat ini di pantri?

Kalau dekat office, selalunya beginilah. Tersedia pelbagai jenis minuman untuk dibancuh sendiri bila - bila masa rasa haus & dahaga. Atau kalau dalam drama Melayu, pantri diklasifikasikan sebagai tempat bergosip dan mengumpat paling popular.

Tapi dipantri office lama saya bekerja di Taipan dulu, ada warna lucu tercoret. Kisah tersalah minum susu. Kisahnya, apabila dalam banyak - banyak balang ini, ada satu tidak berlabel. Tapi bila dirasa, confirm ia adalah susu tepung.

Office lama saya dulu, auditor kata macam library. Saya pun terus gelak besar, lepas auditor cakap dengan saya begitu. Sebabnya, pada saya, apa yang diperkatakan oleh En Amir itu, adalah benar belaka. Memang, sangat sunyi sepi. Bunyi ketup ketap orang menaip sekali sekala. Semua tunduk tekun di meja sendiri. Siapa yang duduk di partition lagilah, haram hendak nampak kepala terangkat.
Memang halal betullah rezeki saya  bekerja di LA (short form  for my ex employer) dulu.

Ok bayangkan dalam sunyi- sunyi library, tiba - tiba ada seorang perempuan paling garang, memekik dari dalam pantri. Terjerit - jerit menanyakan siapa yang minum susu tepung di pantri.

" Woi..Nor cuti 2 minggu siapa minum susu tepung ni haa? Tinggal separuh je pulak tu! Cepat mengaku!"

Sunyi. Tiada siapa mengaku. Semua mata memandang tepat ke arah kak Nor yang telah keluar dari muka pintu pantri sambil memegang balang susu tepung. Dia tanya lagi. Pun jawapannya masih sama. Tiada siapa menjawap & tiada siapa juga menuduh sesiapa. OK! Fine.

"Susu tu Nor baru beli. Hari tu penuh susu tu Nor isi dalam balang. Itu susu Nor tau, bukan susu Office!"

Statement nyata kedekut sungguh kakak ni. Maka disebabkan rasa bersalah sudah terminum harta orang tanpa izin, bimbang perut mungkin buncit & berulat pula, maka seseorang pun mengaku dengan nada sedihnya.

"Sorry Nor, Hafiz yang minum. Nanti Hafiz ganti balik susu Nor"

Semua mata pandang ke Hafiz. Kesian Hafiz. Kalau dia tahu dari awal kak Nor nak memekik disebabkan dia terminum susu tepung dipantri, pasti dia takkan sentuh susu itu. Buat malu dia sahaja dipekik - pekik seperti dia budak-budak, macamlah dia tidak berduit untuk beli susu sendiri. Sedangkan dengan pangkat Business Development Managernya itu, bertin - tin susu dia boleh beli sendiri.

"Oh Hafiz ke?? Dah terminum tak apa. Cuma lain kali jangan minum. Itu susu Nor. Bukan susu office. Itu susu Anmum!"

Habis sahaja ayat Kak Nor satu office tergelak besar, membahankan Hafiz. Alamatnya memang buncit lah perut Hafiz lepas minum susu tepung itu, bukan sebab tidak dihalalkan tuannya. Tapi disebabkan kemungkinan ada baby yang terkuit -kuit didalam perutnya. Rupa Hafiz yang tadinya seperti manusia bersalah, terus berpura -pura naik angin mempertikaikan kenapa kak Nor perlu menyimpan susu Anmum di Office.

Ya, waktu itu cuma kami yang perempuan sahaja tahu kak Nor mengandung, kandungan belum besar. Malah kak Nor waktu itu masih boleh pakai baju kurung yang biasa dipakainya tanpa sebarang masalah atau keganjilan atau kejanggalan. Jadi logik jugalah, Hafiz tidak berfikir panjang mengenai susu tepung misteri yang berada di pantri LA.

Pelajaran Hari Ini;

Berhati - hati dengan apa yang kita makan dan minum. Kerana ia akan menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri.

KERANG BULU

NAMPAK TAK KERANG INI SEPERTI DISELAPUTI BULU - BULU HALUS?

Keluar dari kebiasaan. Cuba sesuatu yang baru & aneh.

Pelajaran Hari Ini;

Sour, sweet, bitter, pungent all must be tested. 

RABIULAWAL


RabiulAwal bermaksud bulan di mana bermulanya musim bunga bagi tanam - tanaman. Di Arab kebiasaannya di bulan RabiulAwal, pokok buah- buahan akan mula berbunga. 

Pelajaran Hari Ini;


Pelbagai peristiwa bersejarah turut berlaku di bulan RabiulAwal antaranya;
  • kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W
  • Nabi Muhammad dilantik menjadi Rasul
  • Bermulanya Hijrah dengan tibanya Rasullullah di Madinah al Munawarrah
  • Wafatnya Rasullullah
  • Pelantikan Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah
  • Pembukaan Baitul Muqaddis oleh Salahuddin Al Ayubi
  • Kejatuhan Empayar Islam Sepanyol.
`Kelahiran Namy Yul juga pada bulan RabiulAwal`