REASON OF MY ONE HUNDRED SMILES


USIA BLOG SAYA PADA HARI INI.

Disaat usia blog saya 2 bulan 12 hari, saya senyum sengih sorang -sorang hari ini 100 kali. Hari ini saya tahu satu perkara, setidak - tidaknya 100 orang manusia paling comel, cerdik, cute dan baik telah mengunjungi blog saya yang tak cukup havoc ini. Dan Orang Yang ke 100 telah mengunjungi dan meninggalkan jejaknya di blog saya adalah ZyraRoxx.

Terima kasih Blogger - Blogger sekalian. Kerana awak semua saya rasa bersemangat untuk terus mempraktiskan ilmu menaip saya yang pantas ini, yang saya tidak dapat hendak apply nya di alam pekerjaan. Hehee Maafkan saya untuk alasan yang kurang cerdik =)

Senyuman Budak Nakal ini Paling Saya Geram Sejuta Kali. 


Pelajaran Hari Ini;
Hidup tidak selalunya indah, namun sedetik yang paling bermakna, boleh menyebabkan seluruh hidup berubah. 

SHAN WESTERN GRILL SUBANG BEST!

Hari ini saya lunch dengan kesayangan di Shan Western Grill Subang. Shan Western Grill dikira agak popular dikalangan warga Subang, baik yang Melayu, Cina & India. Restaurant ini memang sentiasa penuh apabila dibuka. 

Namun saya kurang pasti bisnesnya bermula dari berapa pagi ke berapa malam. Tetapi sesuatu yang saya pasti ia dibuka dalam kira -kira waktu lunch dan selepas pukul 8.00 malam. Sekitar pukul 4.00 petang ke 5.00 petang juga ke 7.00 malam, saya sering lihat restaurant ini sudah tutup, tapi 8.00 malam keatas, ia buka pula.

Dan kemusykilan saya dijawap oleh seorang Officemate, pengunjung tetap restaurant ini bertahun - tahun lamanya bahawa owner tidak menjalankan perniagaan di waktu petang sebagai ganti istirahat & preparation untuk bisnes malam hari. Dan yang lebih mulianya, owner seorang Cina mahukan tukang masaknya dapat solat Maghrib dengan tenang. Wallahu a’lam. Jika benar bagai yang diceritakan kepada saya, saya respect! Semoga dia berjaya dalam hidupnya. 

Walaupun ia kedai Chinese, tapi ia Halal. Sebelum melangkah masuk, dari parking sahaja, kita boleh nampak sign Pork Free. Betul - betul di bawah sign Pork Free ada tergantung satu frame. Pergilah baca, ia adalah sijil Halal yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia. Kemudian tertayang lagi di tepi dinding sebelum pintu masuk 3 Frame yang menunjukkan bahawa restaurant ini dianugerahkan kedai makan dengan kebersihan tahap A sebanyak 3 tahun berturut - turut.

French Fries
Saya sengaja order ini, sebab masa saya datang, saya lihat ramai pelanggan lebih awal daripada saya. Bimbang saya terlalu lapar dan bosan menunggu lama main dishes saya, maka saya orderlah something yang boleh dikudap -kudap. Rupa -rupanya pantas sahaja. Baru tuang sos, nasi pun sampai.
Nasi Goreng Ala Indonesian Style
Sambal Belacan & Acar Timun termasuk dalam Pakej Nasi Goreng
First time saya makan nasi goreng Indonesian Style, sedap juga. Nasi yang dihidang ini saiznya besar, bukan secawan ciput ok! Boleh share - share dengan kawan, atau makan perlahan -lahan sejam setengah baru habis. Saiz hidangan disini memang besar - besar agaknya, saya lihat Chinese lady meja ditepi dinding, dia pesan bihun goreng. Terkejut saya bila melihat betapa banyaknya bihun dalam pinggan dia. Saya kira saiz bihun goreng itu sudah sama besar dengan saiz kepala amoi kurus itu. Nasib saya tak order,kalau tak jenuh hendak menghabiskan.

Lamb Grill With Black Pepper Sauce
Saya memang tidak makan kambing dan selalunya kuah - kuah yang melibatkan kambing pun saya tidak boleh telan. Tapi black pepper sauce Shan ini memang terbaik. Saya tidak rasa pun rasa kambing itu meresap ke dalam saucenya. Jadi, saya boleh menyibuk -nyibuk mencicah french fries saya dengan Black Pepper Sauce ini. Suami saya kata lamb grill with black pepper sauce ini memang sedap. Kambingnya tidak hanyir. Tidak terlalu kambing dan tidaklah tawar sampai tiada rasa kambing. Maksudnya enaknya ngam - ngam sahaja. 

Carrot Susu Terbaik , Nescafe Pahit Sikit Sebab Kurang Susu.

Garlic Bread untuk dimakan dengan Grill Lamb, Sedap walaupun nampak seperti biasa sahaja,
Akhir sekali, ini adalah resitnya. Disitu ada no phone untuk dihubungi.


Kesimpulannya: Saya berikan 4/5 Bintang yang Terbaik dari Langit untuk segala aspek kesedapan & kebersihan & juga tahap layanan terhadap pelanggan yang mesra pelanggan.

Pelajaran Hari Ini :

Jika makanan enak, bayar lebih sikit pun tidak mengapa.

MASAK SENDIRI GRILL CHICKEN FOLDER

First Time Try Demi Kamu Kerana Allah.
Ini adalah menu pagi ini. Masak sendiri Grill Chicken Foldover campak - campak sahaja gara -gara masih memboikot McD. Ini juga merupakan cubaan kali pertama saya memasak breakfast ala2 grill chicken foldover. 

Suami yang mengidam sangat nak makan. Asal ceritanya, suami kata budak praktikal kat tempat kerjanya semalam bawa bekal benda alah ini. Dioffer ke suami saya satu, makan terus rasa "fulamak!". Nak mintak lagi satu malu. Itu yang balik kerja terus ke Tesco cari Chicken Nugget, Chicken Meatloaf, Salad & Tortila. 

Mudah saja caranya.
 
First Grill lah tortila & meatloaf. 
Nugget haruslah digoreng, kemudian dicincang - cincang.
Kemudian sudah boleh sedia meng"wrap" dan dimakan nyumm nyumm..
Tortila dibentang dan disapu dengan sos cili kegemaran & mayonis yang sedap. Kemudian letak daun salad, letak meatloaf & last sekali aturlah baik - baik nugget cincang itu. 
Last gulung dengan kemas & ketat, supaya senang sikit hendak potong dua satu tortila ini. Pada mata saya tortila ini besar, itu yang saya belah dua.

Nasihat saya, tak perlu masak banyak jika keluarga tidak ramai. Macam saya, disebabkan tidak reti hendak mengagak,maka saya masak 10 keping tortila, dengan alasan saya ada 12 keping meatloaf. Malas nak simpan dalam freezer lepas guna & Nak save ruang konon. Gulung punya gulung rasa macam terlalu banyak pula. Bayangkan saya ada 20 potongan grill chicken foldover! Akhirnya buat makan breakfast kami sekeluarga luaklah beberapa potong, balance kami suami isteri siap boleh bawa bekal ke office & masih boleh bagi mertua setupperware.  

Kesimpulannya, ia sedap! Walaupun saya masak ada kurangnya, tapi basically ia sedap. 

Pelajaran Hari Ini.

1st time try jadi. Terus memberikan motivasi  "extra plus" untuk cuba lagi lain kali.

MANISNYA CINTA DI CAPPADOCIA BEST!

Manisnya cinta di Cappadocia memang best & terbaik !


Hari ini Tonton Movie dengan Emak, Kakak & Piqa!

Serius cerita ini best & Terbaik 2014 ini. 
Dalam masa kelakar, kelakar, tapi masa sedih, memang sedih sampai saya bergenang air mata & perit tekak tahan tangis. Bila suspen benar - benar suspen. 


Pelakon utama, sampingan & tempelan semuanya hebat - hebat belaka. Lakonan Fazura sebagai Ifti bertambah mantap dan tangisannya kedengaran benar - benar real seperti orang yang benar - benar patah hati. Lain -lain pelakon seperti Shaheizy Sam, Lisa Surihani, Faizal Hussein, Ogy Ahmad Daud, Zaibo, Eja, Erma Fatima, Rafidah 3R dll, lakonan mereka masih superb & bertaring walaupun setengah mereka cuma berdialog 2 3 baris sahaja, namun ia berkesan, menjadi & diingati.


Filem ini adalah adaptasi Novel Anis Ayuni Manisnya Cinta.
Ia mengisahkan tentang Ifti yang belum lagi bertemu jodoh saat usianya telah meningkat tua namun belum bangka. Jodoh aturan keluarga bersama Fredo tidak kesampaian apabila Fredo telah pun merosakkan peremuan lain, Ifti dengan baiknya mengundur diri dengan alasan enggan bermadu. Berbanding memilih menjaja keburukan Fredo yang nipis iman, Ifti rela dia dipersalahkan atas runtuhnya hubungan mereka berdua. 

Takdir menemukan Ifti dengan seorang driver Airbus Mohd Nazmi Isa. Dari KL membawa ke Turkey Nazmi sentiasa mengekori Ifti. Menunjukkan sehabis- baik dirinya sebagai seorang lelaki yang mampu menjaga Ifti. Cinta bersemi, namun kerana salah faham cinta Ifti & Nazmi juga menemui noktahnya. 

Akhirnya Ifti menyedari dia kesunyian saat semuanya memiliki pasangan, namun dia tidak terdesak sehinggakan sanggup menjadi isteri kepada bekas abang iparnya sendiri. Malah Ifti berjanji kepada abang ipar yang paling dia benci, walau bagaimanapun esok - esok yang dilalui, dia akan tetap menjaga & menyayangi anak - anak Kakak & Abang Iparnya sepenuh hati.

Kerana Nazmi tidak mengenal erti putus asa, salah faham terungkai. Cinta Ifti & Nazmi bertaut kembali. Yeay!!

Kesimpulannya : Filem ini best layak mendapat 5/5 Bintang Yang Ada di Langit Malaysia

Pelajaran Hari Ini;

Daripada filem Manisnya Cinta Di Cappadocia saya faham bahawa, aib orang harus dijaga walaupun perit kesudahannya buat kita, namun Allah pasti membalas kebaikan dengan kebaikkan juga. Seperti stressnya Ifti dipersalahkan oleh sekelian manusia, ibu ayah & saudara mara diatas perpisahannya dengan Fredo, namun berbanding memilih untuk hidup tenang dengan menjaja aib Fredo, nyata itu bukan prinsipnya.

Ifti juga menyimpan kemas diingatannya perangai sebenar Abang Iparnya. Sakit hati yang teramat sangat. Jika saya berada ditempat Ifti, saya juga pasti makan dalam jika kakak saya diperlakukan tiada harganya. Ifti benci Abang Iparnya tanpa sebab dimata Ibu Ayah & Adiknya. Hakikatnya bencinya bersebab, cuma tak diceritakan sahaja kepada sesiapa.

So, buat baik akan di balas baik pastinya!

NASI UDANG GALAH TERSEDAP &TER"FRESH"

Woow tajuk bukan main lagi. Tapi serius ke benar sedapnya? Betul ke fresh?
Ok dimaklumkan dengan jujurnya ini bukan entri berbayar, bukan entri mengampu. Ini entri Halal punya.What you give you will get back. 

NASI GORENG UDANG GALAH


Macamnya inilah menu yang paling popular, pasal rata -rata customer saya tengok makan ini.
Sampai - sampai sahaja saya lihat, penuh atas meja satu family berkopiah putih itu dengan kulit udang galah. Orang lain pun macam itu juga. Sos ini sangat sedap. Sampai Ayah puji " Boleh kena sekali lagi ". Maksud Ayah kesedapannya membuatkan rasanya tak cukup sepinggan.

Ada menu lain, tapi saya tak cuba, jadi tiada gambar untuk ditayang.  Udang galah sangat popular, kerana umum mengetahui owner kedai siap bela Udang galah, dan jika pemancing -pemancing Udang ditepi sungai itu tidak mahu membawa pulang hasil Udang mereka ke rumah, owner ini sanggup beli daripada mereka.
SRI PENAMBANG SEAFOOD KUALA SELANGOR



Kedai makan Kampung sahaja. Kalau rasa budget puteri, tak payah datang. Pasal kedai ini biasa sahaja dari sudut paras rupa, tapi keenakkan masakannya, chef Hotel pun nangis nak cilok resipi.
Namun dalam pada macam ini sahaja, Abang Bikers kental pun segerombolan sanggup datang dari jauh semata hanya kerana ingin makan menu Udang Galah.

Nampak kereta dihujung kedai itu?
Ok kereta itu di parking ditas ban, kalau rasa tak mahir memandu,seperti saya jangan ngada- ngada parking disitu, silap masuk gear, buaya Sungai Selangor menunggu dibawah. Ngap!
Disebelah kiri out of frame ada jeti untuk orang menangkap Udang. 

KLIK PADA GAMBAR, UNTUK PAPARAN  LEBIH JELAS &
LEBIH MUDAH JIKA INGIN MELIHAT SENARAI MENU &
HARGA SERTA CONTACT NO



Walaupun kedai kayu ini nampak tak glamour,
tapi saya lihat mereka telah menggantungkan 3frame mengandungi artikel berbeza berkenaan kedai mereka yang telah tersiar di akhbar tempatan kita , dimaklumkan adalah dari 3 akhbar yang berlainan.

Owner adalah pembekal udang galah, jadi jika rasa nak berkenduri udang galah boleh call nombor tertera. Tapi pada hari saya sampai, bekalan udang galah cuma cukup untuk masakan kedai sahaja, jadi hasrat nak bawa balik udang galah fresh untuk digoreng lada hitam & separuh lagi dibela, terpaksa dilupakan. 

KLIK PADA GAMBAR, UNTUK PAPARAN LEBIH JELAS &
LEBIH MUDAH JIKA INGIN MELIHAT SENARAI MENU &
HARGA SERTA CONTACT NO



Broder Ini pun ada buat review ikhlas & percuma tentang kedai ini sekitar May di FBnya, menurut beliau menu seafood lain seperti Sotong & Ketam pun ada juga. Kerang pun mungkin ada kot, pasal saya parking diatas tanah yang memutih akibat bukan disental dengan clorox tapi dipenuhkan samada dengan kulit kerang rebus atau kulit kerang bakar.


Kedai : Sri Penambang Seafood
Lokasi : Tepi Sungai Kuala Selangor, Selangor
Landmark : Seberang Jalan Besar Giant Kuala Selangor, dibelakang deretan kedai Romantika dll. 
Terbaik : Pelbagai menu Udang Galah Fresh, Rasa Sedap dan Murah.

Kesimpulannya :
Saya bagi markah penuh untuk kesedapan masakan & minumannya. 
5/5 Bintang Kekenyangan Buaya Di Sungai & Di Darat. 

Pelajaran Hari Ini:

Berhati -hati disimpang traffic light terutama dikawasan perumahan, lot kedai & perindustrian baru. Patuhilah Undang -Undang Lampu Merah Hijau & Kuning. Kerana apa saya kata begini,semasa on the way saya pulang dari kedai ini, dihadapan mata berlakunya kejadian sebuah Myvi yang tidak sabar merempuh sebuah motosikal. Preeeettttt ..still tak sempat brek dan Ddommm.

Nasib tak meninggal husband & wife yang naik motor itu. Husband masih boleh bangun walaupun senget -senget, dengan mulut yang mencula -cula, hendak sahaja dihempuknya pemandu Myvi itu dengan topi keledarnya. Namun tetap ditenangkan oleh isteri yang langsung tak boleh berdiri tegak, bagaikan lutut & betisnya sudah bengkok akibat rempuhan.

Sorrylah setinggi langit ingat mampu ke membayar nyawa orang? Jadi saya mengingatkan kepada diri sendiri khususnya - janganlah selepas ini hendak terus sahaja bila lampu merah dengan anggapan "Alah kawasan tu tiada siapa nak masuk keluar, kan ke baru lagi." Ok kalau dah ada lampu berfungsi maksudnya memang adalah fungsinya. Daripada setakat nak cepat 60 saat kemudian kena manghadap lagi orang ini untuk 60 jam akan datang, ditambah hasil hantar klinik, report polis, kalau kene naik turun mahkamah, Takke naya & tidak berbaloi?

Panjangnya Pelajaran Hari Ini. Harus panjang, sebab saya sedang mengingatkan diri sendiri berjuta kali. Kerana sayalah antara manusia yang suka langgar lampu traffic light dikawasan perumahan baru dibuka, dengan alasan ramai orang tak duduk situ lagi! 
Belajar dari kesilapan Orang Lain nurulazila!

OK Bye! Cepat publish entry, Mak dah panggil makan cucur Udang yang dimasaknya sendiri.
Nyummmy Nyummmy. Makan sahaja mana tak gemuk!

"iniblogke 600 bloglist"

CLICK HERE
En Osman buat entry ke 600 dan kerana itu beliau mengadakan segmen blogwalking + bloglist ini.
Selamat Bersegment Ini Blog Ke !

Pelajaran Hari Ini;

11 December setiap tahun merupakan hari Keputeraan Sultan Selangor . 

Duli Yang Maha Mulia
Selamat Diatas Tahta
Allah lanjutkan Usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah duli Tuanku
Bahagia selama - lamanya
Aman dan sentosa
Duli yang Maha Mulia.

Semoga Selangor Terus Aman Makmur dan Maju dibawah naungan Tuanku. Semoga Allah sentiasa melindungi Tuanku dan memberikan petunjuk dalam memimpin  kami rakyat Selangor yang sayangkan Tuanku. JazakAllahuKhairan!

Segmen Blogwalking by Fadzlina'

Hari - hari nampaknya saya join segmen. Kali ini join segmen Blogwalking by Fadzlina. Fadzlina buat personal invitation lagi jika saya sudi menjayakan segmentnya. Sudah semestinyalah sudi. Mudah sahaja cara penyertaannya.

Blogwalking Ke Sini Pula

Pelajaran Hari Ini;
Hari Minggu tanpa undangan ke mana -mana, maka kita berblogwalking sahaja di rumah =)

1st TIME HADIRI MAJLIS HARI LAHIR ORANG DEWASA YANG DIRAIKAN SERBA GRAND!

We Are THE POYOS!
Ini adalah pengalaman baru buat saya. Jujurnya saya tidak pernah menerima mana -mana undangan untuk menghadiri majlis hari jadi yang grand sama seperti di dalam drama. Mungkin kerana mereka yang rapat dengan saya, terdiri daripada mereka yang mempunyai latar belakang sedikit lebih kurang seperti saya, maka kami tidak pernah merasai majlis sambutan hari lahir diusia dewasa sedemikian rupa.

Jadi walaupun jauh beratus meter, malam ini saya gagahkan jua menghadiri Birthday Party Vicky a.k.a Vikneswary A/P Ananthan yang ke 21 tahun. Menachi di tempat kerja saya ini, sudah menjemput kami department atas dan bawah sebulan lebih awal. Siap kad lagi OK! Macam orang Melayu nak kawin. Siap pergi buat facial semata kerana Birthday Party ini. Siap berHenna sekali tau. Terkejut saya!

Ditambah dengan penjelasannya, bahawa Appa nya sudah bayar catering Halal , sediakan Satay Melayu semata kerana kami yang berapa kerat Melayu Islam ini. Jadi, macam tak patut pula kalau tak datang Birthday Party Vicky sedangkan dia & keluarganya sudah sediakan yang terbaik untuk kami. Kalau tak kerana kami, mungkin Appa dia tak perlu susah2 mahal2 cari catering Melayu. Maybe mereka boleh masak sendiri apa -apalah. Yang penting nak bagi tahu juga, Appa dia sewa 7 khemah OK! Serius dah macam kenduri kahwin dah rasanya!

Anyway, Happy Birthday Vickneswary.  
Forever Maintain to be a Good Girl to Your Appa, Amma & Brothers & Husband (future) OK!

Birthday Girl! With her Grandma =)
Serious Vicky Super Cantik dari Biasa.

Muhammad Darwish & Mama Sarimah Saripan pun datang
tengok Kakak Vicky dapat "Kunci Gergasi" ye?
Satay, memang ini yang dicapai dahulu!
Pelajaran Hari Ini;

Rakyat Malaysia berbagai bangsa & agama dan kepercayaan, namun kita memang bersatu padu, boleh makan duduk semeja asal sahaja kita boleh menghormati antara satu sama lain.
Semoga Malaysia akan terus lebih Aman & Makmur!
Alhamdulillah.

❥ Segmen " Jom jadi sahabat! " By Hana.

JOM JADI SAHABAT HANA
Hari ini saya join  ❥ Segmen " Jom jadi sahabat! " By Hana. 

Sebab utamanya - kerana saya nampak banner cute ini diblog Cikgu Farha dan terus saya jatuh hati pada pandang pertama terhadap envelope comel itu . Cewahh .

Dan Sebenarnya, saya fikirkan,  jika saya join segmen Hana ini, saya berpeluang memenangi sampul cute itu. Maka dengan itu saya beria hendak join. Materialistik person! Tetapi sebenarnya tidak! 
Tak mengapalah Hana, nanti saya cari sendiri sampul cute macam awak punya itu. Kini, dalam hati ada sendu.

Demi mengikut terma & syarat penyertaan , saya kena jawap soalan Hana - Hana minta saya listkan 

13 perkara tentang diri saya - yang 3 fakta haruslah mengenai sifat buruk pula:-

  1. Saya Perempuan.
  2. Saya ini Memeningkan.
  3. Saya Blogger baru.
  4. Saya sudah lama menjadi Silent Reader pada macam2 blog sebelum buka blog TheNamyBlog.
  5. Saya suka hantu MCD. Tapi sejak Israel bom Palestine saya berjaya menekadkan diri banned MCD daripada masuk ke dalam perut saya.
  6. Saya , dalam kepala saya, ada macam2 benda saya nak buat tapi tak terlaksana.
  7. Saya perasan faktor yang melambatkan perlaksanaan idea saya adalah kerana saya Pemalas.
  8. Saya suka Lee Dong Wook.
  9. Saya buat entry Happy Birthday Lee Dong Wook, yang suami saya kata " Ini Pun Nak Masuk Blog ke ? " - Saya Buat Muka "Ofcoz"
  10. Saya tak buat entry Happy Birthday Suami. Suami kata " Kenapa Bithday Abang & Emak tak buat Entry pula? "- Saya Buat Muka "Should I & Shoot I?"
  11. Saya sudah admit saya Pemalas. Buruknya perangai!
  12. Saya boleh masak, tapi siang Ikan Ayam Daging saya tak mahu. Kalau boleh mahu terus jadi macam Chef Wan depan TV, sudah terus tersedia secubit garam, ayam yang sudah siap dibasuh, cili yang sudah siap diblender dll. Cepatlah kaya, tak sabar nak ada Maid!
  13. Saya tidur banyak, makan banyak, exercise tiada!

Pelajaran Hari Ini;

Saya rasa pening2 lalat juga nak cari 10 + 3 Fakta tentang diri sendiri. 
Benarlah saya dengar pakar motivasi kata dalam ceramah kenali diri sendiri, beliau berkata tentang manusia terbahagi kepada 4 kategori iaitu:-

1. Saya Tahu tentang diri Saya dan Orang Lain tidak Tahu
2. Saya Tidak Tahu tentang diri Saya, tetapi Orang Lain Tahu
3. Saya Tahu tentang Diri Saya, dan Orang Lain pun Tahu tentang Diri Saya
4. Saya dan Orang Lain juga Tidak Tahu tentang Diri Saya melainkan Dia Yang Berkuasa.

BEGINI RUPANYA KEHIDUPAN SEORANG GADIS KAKI SELFIE

Video ini mungkin dah lama, tapi saya terhibur. Kelakar pun ada pada saya. Tapi sebenarnya memang macam betul sahaja. Perempuan memang macam ni. Walaupun bukan semua tapi memang ada yang sengal begini.

Mungkin saya? Mungkin awak ?
Mungkin bukan saya dan mungkin juga bukan awak =)

video


Pelajaran Hari Ini;
Berselfie biar kene caranya, jangan sampai bahayakan diri sendiri OK!