YEA DAH HABIS BELAJAR!

Cerita dua hari lepas, baru hari ini saya berkesempatan update. Semuanya disebabkan oleh faktor kepenatan yang amat sangat. Walaupun sidang konvokesyen saya 7.30 pagi, namun sampai ke petang juga saya berada di Uitm. Habis sidang pagi hampir pukul 1.00 tengahari, namun apabila keluar dewan sahaja , saya serta ramai graduan & ibubapa yang lain juga "stuck", tidak boleh bergerak kemana -mana disebabkan oleh faktor hujan lebat. Hanya pada mereka yang gila nekad sahaja sanggup bergambar didalam hujan samada berpayung atau tidak. 

Saya pula tidaklah sanggup bergambar didalam hujan ditengah-  tengah backdrop besar itu, memegang payung atau tidak, saya tetap tidak mahu. Takut eyeshadow, eyeliner & mascara luruh terkena air, maklumlah saya tak guna makeup jenis waterproof. Jadi just bergambar ber"background"kan orang ramai lalu lalang, duduk mencangkung & macam2 lagi. Nasib baiklah sudah tempah gambar photo distudio. Adalah juga nanti kenangan yang sweet terabadi. Hampir sejam juga saya menunggu turn untuk ambil photo studio itu, ramai orang sampai lebih awal daripada saya. OK habis bergambar di studio, terus pulang jubah hari yang sama, sekali collect transcript!! 

Tengok - tengok jam sudah pukul 4.00 petang. OK tak makan dan minum lagi. Last makan minum pagi tadi dalam pukul 7.00pagi. Sebelum ada orang naik angin disebabkan kelaparan...
Chow... 
Walaupun dalam hati teramat sedih tiada gambar bersama rakan2 seperjuangan, tiada gambar gila -gila dan sewel - sewel as a student.

Saya kurang pasti apakah yang sedang saya lakukan ketika ini?

 a) lap wajah dengan tisu
b) call someone
c)korek lubang hidung

Pelajaran Hari Ini;

16 November 2014 yang lalu saya ambil jubah
Uitm Dihatiku A284 Konvokesyen Uitm 81 Sidang 8

~ konvokesyen kali ke 3 sebagai produk MARA ,apakah mungkin ada yang ke4 ~

PISANG GORENG CHEESE PULA

Entri sebelum ini saya cerita pasal pengalaman makan pisang goreng cicah sambal kicap. Hari ini, saya nak cerita pasal pengalaman makan pisang goreng lagi . Tapi kali ini pisang goreng ditaburi cheese pula. 

Pelik tak? 

Kalau orang kampung yang benar - benar kampung macam saya, memang pelik. Tapi kalau orang kampung yang terbiasa berhijrah ke bandar saya tak kira berhijrahlah, pasal ulang alik kampung - bandar - kampung macam saya juga, sudah terbiasa menerima perkara -perkara sebegini. 

"Orang Subang Jaya, memang ada Gaya - Havoc Havoc" 
Ini Joe yang cakap & saya setuju dengannya!

Boleh Pilih Topping Ikut Citarasa Sendiri

 Pisang Goreng + Susu + Cheese + Gula Perang + Syrup Coklat Hershey
RM4.50
Lokasi : Tepi Jalan Sebelah Petronas di Subang Bestari

Nak Topping Syrup Coklat ke, Nak letak Coklat Rice
atau apa-apa lagilah yang manis -manis itu
Tapi Yang Ini Original Recipe! Pilihan Ramai

 Pisang Goreng + Susu + Cheese + Gula Perang + Syrup Coklat Hershey
RM3.50
Lokasi : Tepi Jalan Sebelah Petronas di Subang Bestari
Kesimpulannya; Sedap juga pisang goreng makan macam ini. So, I have no Objection!

Pelajaran Hari Ini:
Perlukan lebih kreativiti untuk lebih berdaya maju. 
 

FIRST TIME MAKAN MAKANAN KEGEMARAN ORANG JOHOR

Pisang goreng cicah sambal kicap
Ini adalah pertama Kali dalam seumur hidup saya, saya makan pisang goreng cicah sambal kicap. Inilah makanan kegemaran juga makanan yang sering menjadi kerinduan Zakiah Baharudin , gadis pemalu dari Sengakang Johor , saat kami diuniversiti dahulu.

Bertahun- tahun saya tertanya- Tanya bagaimanakah rasanya sesuatu yang Manis dimakan dengan sesuatu yang pedas. Tidak rasa hendak terbatukkah saat mengunyah pisang itu nanti? Kerana saya cuma pandai makan sambal kicap jika ada mee / mee hun sup Dan soto sahaja.

OK pendek cerita hari ini saya jumpa benda alah ini dijual di Selangor. Selalu kalau beli pisang goreng di tempat saya, orang tak ada bagi cicah sambal kicap ini. Tapi entah kenapa hari ini bermulanya Abang & Kakak pisang goreng di Subang Perdana ini provide sambal kicap pula. Terima kasih Kak, tak perlu saya ke Muar nak merasa pisang goreng sambal kicap.

Kesimpulannya: 

Saya masih belum biasa makan pisang goreng cicah sambal kicap.

Kedua..minda saya yang memikirkan kalau makan pisang goreng bercicah sambal kicap...sure akan terbatuk batuk & tersedak sedak...OK abaikan! 
Itu cuma imaginasi tak berguna!

Ketiga, saya memang dah ada mind set, pisang goreng paling enak jika dicicah dengan susu pekat Manis sahaja. 

Pelajaran Hari Ini;
Seronok juga berblog guna phone. Mudah juga.
Cuma yang kurang best, kena berhati hati dengan ejaan, kerana banyak ejaan yang diperbetulkan secara automatik.

SAYA TAK TAHU NAK TULIS APA

Dari Isnin pagi hinggalah ke sekarang ini, saya asyik memikir macam mane nak tulis? Ape nak ditulis? Betul - betul kekeringan idea. Saya sudah karang seperenggan dua, tapi rasa macam tak kena sahaja. Jadi saya koyakkan dan buat essay baru. Masih lagi rasa tak kene.Agak -agaknya orang lain buat macam mana ? Saya tiada rujukan. Sangat sedih! Google google pun tak dapat cari apa yang saya inginkan. Ayat Google semua ayat skema buku! Takkanlah nak tulis serupa buku, silap -silap yang menilai saya si penulis buku.  Baru tahu padan muka!

I try my best to write as honest I am. 
I think I had So many things to tell 
But I don't know what to tell
Then.. No Then!
It just that..
I am afraid if I am disqualified!

Thinking I should wear this into class!
Accounting Career Ladder
AMBOI..TAK ADA ESCALATOR KE?

Pelajaran Hari Ini;
Saat kita bergantung harap kepada sesuatu, semakin sukar rasanya ia untuk dicapai.


SEGMENT BLOGWALKING BY SAKURA

Assalamualaikum :)


Maaf entry yang sebelum ni terpaksa dibatalkan sebab nya memang tak boleh and dilarang oleh Nuffnang. Minta maaf semuanya ye. Tapi takpe, kita tukar kepada Segmen Blogwalking dah alang2 tuh :) Thank you kepada info nya ye MNH SASTERA MELAYU

Syarat dia terlalu simple.

 Follow blog sakura :)
 Buat kan entry tajuk SEGMEN BLOGWALKING by Sakura.
 Copy & paste kan code bawah ni dalam entry awak awak. :)
 Dah boleh start blogwalking.
 Tinggalkan entry awak awak dalam ruang komen ni ok? 


So simple kan syarat2 dia. heee~ :) So boleh la ajak ramai ramai join. Boleh kenal :) Good Luck ! Senarai peserta nanti akan di update setiap hari sabtu, insyaAllah :)


Fi Hifzillah,
Wassalam.



Allhumma Solli'ala Saiyyidina Muhammad



OK SAYA JOIN SEGMENT BLOGWALKING DARIPADA SAKURA PULA.
NAK JOIN CLICK SINI ERK..


Pelajaran Hari Ini;
Musuh jangan dicari!

ABANG BURN BUAT PETISYEN TURUN HARGA BURGER KEPADA RM5!

Masa ambil jubah, hari hujan. Biasalah, bila hujan perut memang senang lapar. Maka berdezupplah Myvi kelabu membelah arus kesesakan Seksyen 7, Shah Alam lalu menuju ke sini.

BURGER BAKAR ABANG BURN
VIEW KEDAI ABANG BURN SEKSYEN 7 SA.
Kedai ini memang tak perlukan review yang panjang daripada saya, kerana ia memang sudah cukup popular. Masuk blog sana sini, masuk JJCM lebih dari sekali.


SUPREMO LAMB -RM12.50
2 TIN AIR - RM4.40
MEAT BALL -RM9.90

Bezanya hari ini saya masuk kedai ini, Team Abang Burn sedang mengumpulkan tandatangan - petisyen untuk menurunkan harga burger mereka kepada RM5. Jadi, jika kita setuju kita tandatangan pada kertas yang disediakan dan akan dibawa kepada pihak pengurusan. 

Jadi sign jangan tak sign! 

Ramai student Uitm yang makan burger Abang Burn di Seksyen 7 itu sebenarnya. Jadi sure akan ramai menggelinjang apabila harga burger Abang Burn diturunkan kepada RM5 satu. Moga dengan itu, bertambah -tambah murah rezeki Burger Bakar Abang Burn.

Kesimpulannya:
Team Abang Burn : 5/5 Bintang Budi Bahasa
Kebersihan Kedai  : 4/5 Bintang Bintang di Lantai
Kebersihan Toilet  : 4/5 Bintang Sabun Wangi
Rasa Masakan       : 4/5 Bintang Bintang di Kuali.

Pelajaran Hari Ini;
Budi Bahasa Pemikat Jiwa.  
Seperti Abang yang serve makanan saya tidaklah muda & bergaya, jauh sekali kacak ala -ala Aaron Aziz.  
Tapi dia sangat berbudi bahasa. Berserta senyuman manis dan ucapan MAAF yang dilemparkan, hati marah menunggu lama pun terus sejuk & tak terpikir apa lagi dah, melainkan TERIMA KASIH =)

HARI PENGAMBILAN JUBAH KONVOKESYEN UITM 81

INI DIA MUKA -MUKA GEMBIRA SELEPAS
SEGALA PENAT LELAH SELAMA INI TERBAYAR JUGA
SAYA DATANG 1.32 PETANG.
SAYA INGAT SAYA PALING AWAL KERANA
JADUAL PENGAMBILAN JUBAH BERMULA 2.00 PETANG.
TAPI TENGOK INI, DARI JAUH
 SAYA SUDAH TERNAMPAK RIBUAN PELAJAR UITM
SEDANG BERATUR PANJANG.

OK GADIS INI BUKAN SAYA,
DIA INSAN KEDUA TERAWAL DIDALAM BARISAN.
INSAN PERTAMA SUDAH LETIH LALU TERSANDAR DIDINDING,
SILA LIHAT PEREMPUAN BERSELUAR KELABU BERBAJU BIRU BERTUDUNG BIRU JUGA, DIA FIRST!
SAYA CUMALAH DIBELAKANG DIA SEINCI 2,
NAMUN LENGKUK BARISAN YANG PANJANG MENYEBABKAN
SAYA MUNGKIN INSAN KE 400 DIBELAKANG DIA !

NASIB BAIK WARGA2 UITM INI CEKAP DAN EFFICIENT,
MAKA BARISAN YANG BERMETER -METER PANJANG ITU,
CEPAT SAJA PROSESNYA BERAKHIR.

NAK BALIK SUDAH!
NAMPAK PULA FRAME CANTIK INI
TIDAK TERDAPAT DIPASARAN LUAR
HARGA FRAME SAHAJA SAIZ 11R -RM90 / SAIZ 8R -RM60,
JIKA AMBIL 2 FRAME (11R +8R) - RM130

TAPI SAYA AMBIL PAKEJ FRAME + GAMBAR
INCLUDES FRAME UKIRAN CANTIK NAMA U & FAKULTI
2 PICTURE STUDIO, GAMBAR LAMINATE KALIS AIR
DAPAT CD + 2 KEPING PHOTO 4R.

OK HABIS DUIT!!!

SEBELUM BALIK DENGAR CERAMAH RAPTAI DULU
"WOI KAKI PUN NAK TUNJUK??"

SUKA KITALAH KAN...DEI, INI KAKI BUKTI SAYA SUDAH MENJEJAKKAN KAKI KE UITM!

~maafkan saya, kasut kotor kerana meredah padang lecak. dari dewan menuju ke parking kawad~

PADANG KEBANGGAAN PELAJAR UITM.
OK BUBYE!!

~AND TAKE CARE UITM/ MARA & JANGAN BIARKAN SESIAPA MERAMPAS ANDA~

Pelajaran Hari Ini;
Uitm Dihatiku! Memang benar kemana saya pergi saya bangga menjadi sebahagian daripada produk MARA!!


11 CABARAN NOVEMBER # 2 SELESAI.


KATHYRBAIN

SAYA DAH BERJAYA MENGHABISKAN CABARAN NOVEMBER #1
SEKARANG MISI KE CABARAN NOVEMBER #2
GAMBAR SELFIE DENGAN EX OFFICEMATE


KESAYANGAN SAYA 
SEMOGA ALLAH MELINDUNGI TUN DUNIA AKHIRAT
MY HIPS DONT LIE
SUAMI MENANG CABUTAN BERTUAH,
TAPI KEMUDIAN SAYA YANG BERTUAH
I LOVE U MNRM
The Namy Blog
PINK & SIMPLE MEMANG SANGAT2 NAMY!
BUKIT MALAWATI, KUALA SELANGOR
KUALA SELANGOR INDAH & BERSEJARAH

TEMPAT DATING SAYA YANG PERTAMA
CINTA MONYET YANG MEMBAWA BAHAGIA HINGGA KINI
ALHAMDULILLAH
PERKENALKAN CALON ISTERI MITHALI
SAYA IS TAKEN
FAZIRAH DIN IS TAKEN
ZAKIAH BAHARUDDIN  IS AVAILABLE
BACA BLOG ONGPUTIH SEBAB
NAK TAMBAH CONFIDENT DALAM BAHASA ONGPUTIH
Namy
PROFILE PICTURE PINTEREST
DALAM AQUARIUM SAYA ADA
JOHN, JOHNNY, KUYAA, KUYEEN, KUDAA, & KUYUN

Pelajaran Hari Ini;
Gambar menyimpan pelbagai kenangan.

NOVEMBER MUSIM CHICKEN POX

Chicken Pox, Cacar Air & Jelintong. Samalah rasanya.

Ia bukanlah penyakit yang merbahaya sehingga membawa maut. Namun pada mereka yang memiliki antibody yang lemah contohnya orang tua, virus chicken pox boleh juga menyebabkan radang pada darah, paru -paru dan otak. Sebab itu jugalah orang tua- tua kata, baik kene chicken pox masa kecil, kerana parutnya tidak berapa dalam kesannya. Tapi dari sudut saintifik itulah sebab musababnya.

Saya katakan November tahun ini boleh dikira sebagai bulan Chicken Pox, kerana;
  • Ucu saya kerja taska, katanya ada beberapa kanak -kanak dijangkiti Chicken Pox. So, kerja Ucu jadi mudah sedikit, kerana sudah kurang sorang dua student yang dia perlu monitor. Taska memang tidak akan membenarkan kanak-kanak yang dijangkiti virus hadir ke sekolah, atas alasan tidak mahu kanak-kanak lain turut dijangkiti virus yang serupa. Jadi kanak- kanak itu  haruslah dikuarantinlah  di rumah masing- masing. Yeaa..adik adik tak perlu pergi sekolah!

  • Atak sedang mengandung 8 bulan & tiba-tiba dijangkiti Chicken Pox. Doktor kata tidaklah serius jika dijangkiti Chicken Pox saat kandungan sudah membesar. Alhamdulillah lega hati kami sekeluarga. Jadi Atak pun baliklah ke Puchong meniggalkan rumah kelaminnya di Shah Alam untuk dijaga oleh Mak Lang. 

  • Afiq, selepas 2 minggu Atak dijangkiti Chicken Pox, dia pula mengalami sindrom gatal- gatal. Lama -lama muncul lah bintik - bintik di seluruh badan. Ok tak payah jumpe doktor pun kita confirm ia Chicken Pox. Ini mesti virus dari Atak. Tapi tak perlu kasihan sangat pada Afiq, pasal dia dah jadi bapa budak pun, maka boleh jaga diri sendiri & ada wife yang penyayang & penyabar boleh jaga dia. Tutup cerita Afiq! C u after u sembuh OK!

  • Yayang Ngah pun kena. Ini memang kasihan pasal anak Ucu ni baru 5 tahun. Sudahlah kene Chicken Pox kena pula putih -putih didalam mulut Mata Ikan. Jadi langsung terus tidak mahu makan minum sebab sakit dimerata -rata tempat, mulut, dalam mulut, tangan, kepala, badan, jari, kaki & tapak kaki semua ada. Ini pun mesti pasal virus dari Atak, pasal Yayang Ngah sibuk ambil handphone Atak masa Atak dikuarantin di Puchong atas alasan nak main game. 


Muka comel Yayang Ngah sebelum kene Chicken Pox
Petua Traditional - Daun Semambu dapat mengurangkan gatal Chicken Pox dengan segera.
~Terima Kasih Auntie >> Siap pergi rumah India Minta Daun Semambu, mengikut kepercayaan mereka,  sebelum ambil daun tu, kene letak sepuluh sen terlebih dahulu pada pangkal pokok jika kita ambil daunnya untuk tujuan perubatan ~
Muka lapar tapi tiada mood nak makan & minum
Kak Yeen gelar dia Katak Puru Di Bawah Tempurung
Sampai Hati Kak Yeen kan?
Kak Yeen laa yang bawa Danish g kedai Potong Rambut style Tempurung
Dah buat fesyen tempurung badan pulak menggerutu
Apalah nasib badan, baru bercita -cita nak jadi pelapis kekacakkan Aaron Aziz
begini pula jadinya.

 ='(

Pelajaran Hari Ini;
Manusia dijangkiti virus Chicken Pox melalui sentuhan dan udara. Sentuhan bermula dengan lecir -lecir itu. Manakala virus tersebar melalui udara ketika pesakit chicken pox batuk atau bersin.

11 SIKAP YANG DIBENCI

http://2.bp.blogspot.com/-neB80auA3YI/VFTgOZ3gY-I/AAAAAAAAKUE/L3YjTKuc-fA/s1600/CABARAN%2BNOV%2B1.png
CABARAN SEBELAS 1 SUBSECTION 11
Akta Kathy Arbain 2014

Pertama & Kedua : Membohong dan Mencuri

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri
Bercakap Bohong Lama - Lama Mencuri.

Ini pantun bukan sebarang pantun, pantun dikarang seorang Tok Guru. Realitinya saya sudah pernah kenal kaki bohong. Benarlah makin otai dia membohong dia mencuri pula. 
Tapi pernah juga saya jumpa dengan seseorang yang saya rasa melihat kepada percakapan dan perwatakan yang dia pamerkan, dia tepuk nyamuk pun tak sampai hati. 
Namun sayang seribu kali sayang ... tak mahu teruskan ayat dah... =( Akak rasa tertipu & diperbodohkan!

Ketiga : Talam 2 Muka

Faham sekarang kenapa?
Keempat : Tidak Mengaku Kesilapan Sendiri

Ini memang masalah. Lebih - lebih lagi kalau jumpa manusia berperangai sebegini di tempat kerja. Kalau benda baik, tip -top sahaja dia punya. Kalau salah, orang lain yang kena. 
Girl, If don't admit your mistake, you are never learnt.!!

Kelima : Serba serbi tahu.


Anak siapalah ini pintar benar??
Kalau benar betul tahu tidak mengapa. Ini saja- saja confident macam tahu semua.
Hello, are you Mr Google ke????


Keenam : Pemaki Hamun


Sikap ini saya kurang terlihat diblog - blog. Namun biasa sangat nampak pencinta2 Facebook maki hamun kerajaan, maki hamun boss, makin hamun musuh kat wall Facebook. Tak kiralah samada ucapan itu diucap atau ditulis ia tetap tidak munasabah untuk diwar-warkan di public.

Ketujuh : Menunjuk -Nunjuk (Riak)

Memang saya tak suka orang yang sebegini. Saya malas nak tarbiah orang. Takut nanti bila saya naik hantu masa mentarbiah, habis pula kisah kekurangan dia, saya singkap luas -luas. Hidup ini lain -lain dugaan yang Allah bagi.Dalam setiap kekurangan dan kelebihan terselit ujian.

Kelapan : Percaya secara Membuta tuli

Kaji dan selidik dahulu sebelum mempercayai sesuatu secara membabi buta. 


Kesembilan : Busy Body

Bila kita sibuk sangat dengan cacat cela orang lain, kita tidak akan terlihat cacat cela sendiri. Dari cuma agak -agak sahaja, melarat ke umpat -umpatan lalu bernanah menjadi fitnah.

Kesepuluh : Kaki Pukul


Memang sikap yang tidak boleh diterima tidak kira lelaki atau perempuan. Lebih tidak boleh terima jika lelaki yang kaki pukul perempuan. Tetiba teringat Fauzi Si Pendek Diploma Accountancy Uitm Sri Iskandar!!

Kesebelas : Miang




Pelajaran Hari Ini;
Amar Makruf Nahi Mungkar.
Berbuat baik pada orang lain, orang lain juga kan buat baik kepada kita.

11 JENIS BUNGA YANG DISUKAI.

http://2.bp.blogspot.com/-neB80auA3YI/VFTgOZ3gY-I/AAAAAAAAKUE/L3YjTKuc-fA/s1600/CABARAN%2BNOV%2B1.png
Bunga Di Hati #KathyRbain
Saya tak perlu bagi tahu ia bunga apa sebab bunga - bunga yang saya suka, memang popular dikalangan pencinta bunga dan pembenci bunga juga.












Pelajaran Hari Ini;
Perempuan dan bunga adalah sinonim. Tapi saya alah pada Debunga sayangnya. Jadi "save"lah duit "boyperend" kita dulu tak perlu beli - beli bunga.