STEAMBOAT EXTRA HOT


Farewell Party Abang Wan yang bakal berhijrah ke Abu Dhabi. Maka dengan itu rezeki malam ni adalah saya dapat join ber'BBQ' steamboat di sebuah Pulau BBQ Steamboat di Kg Melayu Subang. Popular amat tempat ni. Sambil hot - hot membakar, dengan tomyam pedas yang mendidih ditemani selang suku jam ada sahaja kapal terbang lalu diatas kepala, tempat ini memang sangat menarik. 

Disebabkan saya & rakan- rakan suami yang lain memilih meja diceruk unsur alam dengan landskap tumbuhan menghijau, barangkali kerana itu, pihak restaurant tidak menyediakan sebarang bentuk kipas kepada kami. Maka lelaki - lelaki perkasa disebelah kiri ini semuanya bermandi peluh saat menikmati Tomyam Steamboat Hot yang sedap ini.


Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Bariklana Fima Razaqtana Waqina Azabannar
Amin

Ayam Telur & Daging di Bakar + Sos sekali - Paling Sedap Style macam ni
Terima Kasih sebab masakkan untuk Kakak sekali =)

Tuang Semua Kita Boilkan Aje!

Kesimpulannya : 4/5 Bintang Bintang Di Angkasa.

Pelajaran Hari Ini;
Bayar Mahal tidak mengapa, asalkan berbaloi!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Alhamdulillah ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

MENDAKI HINGGA KE PUNCAK

Hari ini saya ke sini. 

Tangga Ke Puncak

Bersama Dia Yang sentiasa Ada disaat Jatuh & Bangun


Jalan punya jalan, daki punya daki saya akhirnya berjaya mendaki hingga ke puncak untuk pertama kali. Selama ini, saya hanya pernah mencelupkan kaki di gigi air kolam pertama. Tapi hari ini berjaya naik sampai ke atas. Sejuknya air diatas lebih sejuk daripada di bawah.

Sebenarnya sukarnya ketika naik tidak sesukar ketika turun. Kaki terkedu - kedu saat menuruni tangga. Macam pelik! Tapi itulah yang saya alami. Barangkali jika saya menjalani ujian kecergasan - hasilnya kecergasan saya cumalah menyamai Makcik 75tahun sahaja.

Pelajaran Hari Ini;
Usaha tangga kejayaan. Dan Jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Jika saya tak cuba hari ini, selamanya saya yakin saya tidak boleh tahan untuk berjalan didalam hutan sebegini. 

Seperti kata suami "Nampak macam Lembap, tapi boleh tahan gak" =)

SENYUM LEBAR HARI INI


Cari - cari yang pink, Hitam juga menawan kalbu. Ambik!

Bata Flexology
Konon nak beli yang mahal, akhirnya Body Shop juga yang saya yakini.

 Lebih ketara keghairahan bau jika dipakai waktu petang.

White Musk Smoky Rose EDT 60 ml berharga RM118.00 sekali pakej "terenew membership."
Kata Akak Body Shop ini- WMSR tergolong dalam category Evening Sensation. Maka kepekatan baunya yang "nyum nyum" itu amat sesuai dipakai untuk acara malam. 

Dah dapat kasut yang disukai & perfume yang sememangnya wangi, barulah senang hati ke rumah Abang Awal yang melangsungkan perkahwinan anak daranya yang jelita di sini. 

Tasik Biru di  Kundang
Tasik Biru ini memang biru. Tak tipu! Tasik ini bernama Tasik Biru di Kundang, bukannya Tasik Biru Kundang Ok.
Jangan confuse.

Pelajaran Hari Ini;
Nak hilangkan stress? Jom kita pergi shopping.
Dari tidur siang hari, baik lepak dipohon redup tepi tasik ditemani angin sepoi - sepoi bahasa.

PERKAHWINAN MACAM KASUT


Kedua - Duanya Pun Cantik, namun Seksa Untuk di pakai
.
Mana lebih elok, cantik dipandangan orang lain buat kita, namun hakikatnya sengsara dijiwa. Atau sekadar memilih kasut biasa namun selesa dibawa ke mana sahaja betapa jauh pun perjalanan kita nantinya?

Hanoi Bride

Ini drama Korea tahun 2005. Rasa saya drama ini tidaklah popular di kalangan rakyat Malaysia. Ia bukanlah cerita yang hebat dan lebih sadisnya, bukanlah menarik sangat,. Namun saya memilih untuk menontonnya secara online  beberapa bulan lepas kerana Oppa Dong Wook .
Gedik arrr..ber"Oppa Oppa" pulak!

Pelajaran Daripada Cerita :

Perkahwinan adalah ibarat memilih sepasang kasut yang paling ideal buat kita. Kerana kasut yang paling ideal, sesuai dan selesa pada orang lain, takkan sama padan, sesuai dan selesa pada kita juga. Maka pilihlah kasut (pasangan) yang terbaik dan selesa buat kita tanpa dipengaruhi oleh orang lain.

Pelajaran Hari Ini; 
Siapa kata tonton cerita Korea tak ada faedah??

MAKAN ASAM PEDAS DIKEDAI NASI LEMAK


Bismillahirrahmanirrahim
Allahuma Bariklana Fima Razaqtana Waqina Azabannar
Amin

Nasi Lemak Habibi, Bandar Puncak Alam

Hari ini saya makan dikedai yang disyorkan oleh seorang kawan. Kata kawan Tomyamnya best. Asam pedasnya juga sedap. Jadi saya pesan Set Lunch/Dinner yang mengandungi nasi putih setonggok, semangkuk Asam Pedas Pari, sekepal kerabu mangga dan jika ambil air sirap, maka harga Air Sirap adalah RM0.90 sahaja. Satu set lagi saya pesan Set Lunch/ Dinner, dengan pilihan lauknya adalah Tomyam. Air pula Fresh Orange.

Kesimpulannya;

Tomyam - 
Sedap tapi tomyam kedai Kakak Thai kat hujung itu lebih sedap.  Maaf saya tak berkenan sangat dengan Tomyam yang tak berapa pedas, yang tak berapa pekat & manis- manis.

Asam Pedas - OK pekat. Tapi pada saya kuahnya terlalu masam untuk dihirup. Tapi kalau buat makan dengan nasi sahaja, ia sedap.

Air & Kerabu Mangga - Sedap.

Pelajaran Hari Ini;
Kalau pergi kedai Nasi Lemak kenapa nak order Tomyam pulak? Ko memang ngengada ..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Alhamdulillah~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

CHICKEN CHOP WITH MUSHROOM SAUCE SEDAP

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma Bariklana Fima Razaqtana Waqina Azabannar.
Amin.

 Bros Food Station, Bandar Puncak Alam

Hari ini sengaja makan makanan selera Orang Putih. Dengan harapan lepas makan makanan Mat Saleh saya boleh speaking English dengan jayanya. 

Dengan kos RM52.00, dari belah kiri adalah Set Lamb Shoulder Smoke BBQ Mint Lemon..siap ada Puding Mangga sebagai pencuci mulut, Kemudian pilihan saya semestinya  Chicken Chop with Mushroom Sauce berserta air Ribena Laici. Air yang tak berapa nak Mat Saleh sangat adalah Nescafe Panas pilihan siang & malam, jika tidak dapat boleh demam selsema, pun tak lupa disertakan dalam pesanan kali ini.

Disebabkan ini bukanlah entry berbayar - sejujurnya

Chicken Chop with Mushroom tu sedap. Banyak  atau besar jugalah size hidangan tu & saya tak larat nak habiskan.
Air Ribena tersangat - sangatlah manis "medu" (manis macam madu)
Lamb Shoulder with Lemon memang terasa Lemon. Haruslah kan..kalau terasa Rambutan macam mana pulak?
Nescafe pun boleh tahan sedap.
Btw, Coleslaw dia sangat sedap kalau dibandingkan dengan "Kedai Farid Chicken" yang fofular itu.

Pelajaran Hari Ini;
Makanlah banyak mana pun Western Food, takkan menjadikan saya terror speaking speakang pun kalau tak practice. 
Reality is different from a fairy tale story that said every food have a magic portion...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~Alhamdulillah~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

JOHAN BINA MENARA


Muka puas meraikan Medal Pertama diterima dalam Hidup.

Budak kecik ini menang Johan Bina Menara, Peringkat Sukaneka Zon2 Tabika Kemas Parlimen Putrajaya.

Tak pastilah menara yang bagaimana dibinanya. Tapi gambar kepuasan sebegini memang khas ditujukan kepada kakak-kakaknya dengan ucapan "Hai, Danish pun dah ada medal sendiri. Tak payah nak pinjam kakak punya lagi"

Pelajaran Hari Ini;
"Mulakan kejayaan yang penting diusia yang muda dan ia akan membina keyakinan dan keazaman untuk mencapai kejayaan yang lebih besar di masa depan"

MULAKAN DENGAN BISMILLAH


Mulakan sesuatu perkara yang baik dengan kalimah Bismillahirrahmanirrahim.